Casio EX-ZS150 User Manual Page 90

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 136
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 89
90
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Peringatan Main Semula Filem
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Cuba merakam filem dengan tetapan kualiti “STD”.
Cuba menaik taraf Windows Media Player ke versi terkini.
Berhentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan berhentikan aplikasi
residen.
Walaupun main semula yang baik tidak boleh dilakukan pada komputer, anda boleh
menggunakan kabel AV (EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk bersambung pada
terminal input video TV atau komputer dan main semula filem menggunakan cara itu.
Untuk memudahkan muat naik fail filem yang dirakam menggunakan pemandangan
BEST SHOT “Untuk YouTube” ke YouTube, pasang YouTube Uploader for CASIO
pada komputer anda.
. Apakah itu YouTube?
YouTube ialah laman perkongsian filem yang diuruskan oleh YouTube, LLC di mana
anda boleh memuat naik filem dan melihat filem yang dimuat naik oleh orang lain.
. Untuk memasang YouTube Uploader for CASIO
Muat turun pemasang YouTube Uploader for CASIO dari laman sokongan kamera
digital CASIO (http://www.casio-intl.com/support/). Klik dua kali pemasang dan ikut
arahan pemasangan yang muncul pada skrin komputer anda.
Untuk maklumat mengenai syarat-syarat pemasangan dan keperluan minimum
sistem komputer, lihat halaman 120.
Memuat Naik Fail Filem ke YouTube
Page view 89
1 2 ... 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 ... 135 136

Comments to this Manuals

No comments