Casio YM-80 User Manual Page 7

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 21
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 6
MS-6
Memasang Pendakap Lekapan Dinding
Langkah Berjaga-Jaga Semasa Pemasangan
z Pastikan prosedur dalam manual ini diikuti untuk memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan
betul. Pastikan skru, komponen logam, dan semua komponen lain dipasang dengan kemas.
z Periksa untuk memastikan dinding di mana pendakap akan dipasang boleh menampung berat
pendakap, dan aturkan perancangan pemasangan dan kerja pemasangan.
z Sebelum memulakan kerja pemasangan, pastikan projektor dimatikan dan kord kuasa tidak
terpasang.
z Berhati-hati agar tidak menjatuhkan projektor.
z Berhati-hati apabila mengendalikan komponen kecil. Komponen kecil boleh ditelan oleh kanak-kanak
atau binatang peliharaan. Jika ini berlaku, hubungi doktor serta merta.
z Skru yang tidak diketatkan dengan betul boleh menyebabkan kasus merekah dan projektor jatuh, dan
mengakibatkan risiko kemalangan dan kecederaan peribadi. Jangan guna sebarang pelekat pengunci
benang, pelincir, minyak, atau agen lain seumpamanya pada skru yang mengukuhkan projektor ke
dinding.
z Selepas pemasangan dan pelarasan selesai, periksa semua skru untuk memastikan ia diketatkan
dengan sempurna. Berhati-hati supaya skru tidak longgar dan juga elakkan daripada terlalu ketat.
z Setelah pemasangan selesai, simpan manual ini dan item lain yang dibekalkan bersama pendakap di
tempat yang selamat.
Keluarkan empat skru berkenaan dan kemudian keluarkan plat pengukuh dinding.
1. Keluarkan plat pengukuh dinding dari unit pendakap.
Plat pengukuh
Bolt bahu × 3
(Bolt dengan penjarak)
Skru dengan sesendal spring (M5 × 10)
Page view 6
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 ... 20 21

Comments to this Manuals

No comments