Casio EX-FR10 User Manual Page 77

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 120
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 76
77
Menggunakan Kamera dengan Komputer
3. Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Klik "Desktop” dan kemudian
"Explorer".
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian
“Computer”.
4. Dwiklik “Removable Disk”.
Komputer anda mengenali kad memori yang dimuat dalam komputer (atau
memori terbina dalam jika tiada kad) sebagai cakera boleh alih.
5. Klik kanan folder “DCIM”.
6. Pada menu pintas yang muncul, klik “Copy”.
7. Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Klik “Documents”.
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian
“Documents”.
Jika anda sudah ada folder “DCIM” dalam “Documents”, langkah seterusnya
akan melaksanakan tulis ganti ke atasnya. Jika anda mahu menyimpan folder
“DCIM” sedia ada, anda perlu menukar namanya atau mengalihnya ke lokasi
berbeza sebelum melakukan langkah seterusnya.
8. Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Pada menu “Documents”, klik
“Home” dan kemudian “Paste”.
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Pada menu “Documents”, klik
“Organize” atau “Edit”, dan kemudian “Paste”.
Ini akan menampal folder “DCIM” (dan semua fail imej yang terkandung di
dalamnya) ke dalam folder “Documents” anda. Anda kini mempunyai salinan fail
yang ada dalam memori kamera pada komputer anda.
9. Setelah selesai menyalin imej, tanggalkan kamera daripada komputer
anda.
Selepas salinan atau dialog progres bacaan pada skrin komputer menunjukkan
bahawa proses telah selesai, tutupkan imej yang terpapar dan putuskan
sambungan kabel USB.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda
1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya.
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
Page view 76
1 ... 76 77 78 ... 120

Comments to this Manuals

No comments