Casio EX-Z42 User Manual Page 21

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 132
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 20
21
Asas Mula Pantas
Untuk menggantikan kad memori
Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya.
Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit
daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan
kemudian masukkan yang lain.
Jangan keluarkan kad daripada kamera
semasa lampu belakang berkelip hijau.
Perbuatan itu boleh menyebabkan operasi
simpan imej gagal dan juga merosakkan kad
memori.
Formatkan kad memori pada kamera sebelum menggunakannya buat kali pertama.
Memformat kad memori yang mengandungi syot kilat atau fail lain di dalamnya,
akan memadam kandungannya. Biasanya anda tidak perlu menformat kad memori
semula. Namun, jika penyimpanan masuk ke dalam kad bertambah perlahan atau
jika anda perasan keluarbiasaan lain, format kad semula.
Pastikan anda menggunakan kamera bagi memformat kad memori. Memformat
kad pada komputer akan mengakibatkan format bukan standard SD, yang boleh
sangat melambatkan masa pemprosesan dan menyebabkan masalah
ketidakserasian, prestasi, dan lain-lain.
Sebelum memformat kad Eye-Fi baru untuk digunakan buat kali pertama, salin fail
pemasangan Eye-Fi Center ke komputer anda. Lakukan ini sebelum memformat
kad.
Memformat kad FlashAir menggunakan kamera akan memadam fail pada kad
yang diperlukan untuk komunikasi. Untuk butiran mengenai pemformatan, lihat
arahan yang didatangkan dengan kad FlashAir.
1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera dan kemudian
tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen kedua dari bawah pada
Panel Kawalan (MENU) dan kemudian tekan [SET] (halaman 31).
3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tab “Sediakan”.
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Format” dan kemudian tekan
[6].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Format” dan kemudian tekan
[SET].
Untuk memformat (mengasal) kad memori baru
Page view 20
1 ... 20 21 22 ... 132

Comments to this Manuals

No comments