23
Asas Mula Pantas
Untuk menggantikan kad memori
Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya.
Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit
daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan
kemudian masukkan yang lain.
• Jangan keluarkan kad daripada kamera
semasa lampu belakang berkelip hijau.
Perbuatan itu boleh menyebabkan operasi
simpan imej gagal dan juga merosakkan kad
memori.
Sebelum anda guna kad memori buat kali pertama dengan kamera, anda mesti
memformatnya.
• Memformat kad memori yang mengandungi syot kilat atau fail lain di dalamnya,
akan memadam kandungannya. Biasanya anda tidak perlu menformat kad memori
semula. Namun, jika penyimpanan masuk ke dalam kad bertambah perlahan atau
jika anda perasan keluarbiasaan lain, format kad semula.
• Pastikan anda menggunakan kamera bagi memformat kad memori. Memformat
kad memori pada komputer dan kemudian menggunakannya pada kamera boleh
melambatkan pemprosesan data oleh kamera. Bagi kes kad memori SD, SDHC
atau SDXC, memformat pada komputer boleh menyebabkan ketidakakuran
dengan SD format, menyebabkan masalah dengan keserasian, operasi dsb.
• Sebelum memformat kad Eye-Fi baru untuk digunakan buat kali pertama, salin fail
pemasangan Eye-Fi Manager ke komputer anda. Lakukan ini sebelum memformat
kad.
1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera dan kemudian
tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen kedua dari bawah pada
Panel Kawalan (MENU) dan kemudian tekan [SET] (halaman 33).
3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tab “Sediakan”.
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Format” dan kemudian tekan
[6].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Format” dan kemudian tekan
[SET].
Untuk memformat (mengasal) kad memori baru
Comments to this Manuals