Casio XJ-UT310WN User Manual Page 28

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 79
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 27
28
9.
Gunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan dengan projektor untuk memeriksa
jika projektor disambungkan ke titik capaian LAN wayarles.
(1) Tekan kekunci [MENU], dan kemudian pilih “Seting Rangkaian” 3 “Info LAN wayarles”.
(2) Pada kotak dialog “Info LAN wayarles” yang muncul, semak “Status Sambungan AP Luaran”.
z Jika “Bersambung” ditunjukkan, ia bermakna projektor disambungkan ke titik capaian LAN
wayarles. Jika “Terputus” ditunjukkan, lakukan prosedur ini daripada langkah 1 semula.
z Apabila titik capaian luaran beroperasi sebagai pelayan DHCP, memutuskan sambungan
akan mengakibatkan alamat IP projektor diubah kepada nilai yang ditentukan oleh titik
capaian luaran.
z Sebaik sahaja anda mengkonfigurasi seting di atas dan menyambungkan projektor ke titik
capaian LAN wayarles, projektor akan bersambung secara automatik dengan titik capaian
LAN wayarles yang sama setiap kali anda menukar sumber inputnya kepada “Rangkaian”. Ini
benar selagi projektor berada dalam lingkungan jarak sambungan titik capaian LAN wayarles,
dan selagi seting titik capaian LAN wayarles dan seting projektor tidak berubah.
Untuk mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor
dan penghala sambil mengekalkan sambungan wayarles terus
antara projektor dan komputer
1.
Lakukan langkah 1 hingga 7 di bawah “Bagi menyambungkan projektor ke titik
capaian LAN wayarles tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus
dengan komputer” (halaman 26).
2.
Di sudut kanan atas halaman “Network Settings”, klik “Logout” untuk melog
keluar daripada Pentadbir Projektor.
3.
Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan projektor kepada penghala.
Page view 27
1 2 ... 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 ... 78 79

Comments to this Manuals

No comments