Casio EX-FR10 User Manual Page 26

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 120
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 25
26
Asas Mula Pantas
Julat maksimum untuk merakam gambar dengan butang pengatup pengawal
adalah kira-kira 10 meter. Julat maksimum untuk melihat imej pada skrin monitor
pengawal adalah kira-kira 5 meter.
Jika sambungan lemah, lampu operasi pengawal akan berkelip hijau dan
” (status komunikasi Bluetooth) akan muncul di skrin monitor. Respons kamera
mungkin menjadi lambat jika anda mengoperasikannya dalam keadaan
sambungan yang lemah. Jika perkara ini berlaku, cuba selaraskan orientasi dan
jarak antara kamera dengan pengawal.
Perhatikan peringatan tentang langkah berjaga-jaga di
bawah untuk memastikan sambungan yang stabil
antara kamera dan pengawal.
Letakkan pengawal dalam keadaan menegak,
dengan skrinnya dalam orientasi landskap
(mendatar).
Pastikan tiada objek menghalang pada bahagian
belakang pengawal, yang dicetak dengan logo dan
teks.
Halakan bahagian belakang pengawal ke kamera.
Pastikan tiada objek yang menghalang kawasan
sekeliling gelang kanta kamera.
Pastikan tiada objek di antara kamera dan pengawal
Mod Tidur
Jika anda tekan [p] (Kuasa) pada pengawal atau jika anda tidak melakukan
sebarang operasi pengawal dalam masa yang ditetapkan dalam tetapan “Lelap” pada
menu Persediaan (halaman 71) semasa teknologi wayarles Bluetooth bersambung
antara kamera dengan pengawal, imej pengawal akan menjadi gelap, dan pengawal
akan memasuki mod tidur. Selepas kira-kira lima saat, kamera juga akan memasuki
mod tidur jika operasi tidak dijalankan. Lampu operasi berkelip hijau dengan perlahan
semasa kamera dalam mod tidur. Untuk memulihkan paparan pengawal, tekan
mana-mana butang pengawal. Sambungan teknologi wayarles Bluetooth antara
kamera dan pengawal dikekalkan walaupun ketika ia berada dalam mod tidur,
supaya ia boleh pulih dengan cepat apabila anda menekan satu butang.
Jika jarak antara kamera dan pengawal menjadi terlalu jauh atau jika keadaan
komunikasi menjadi tidak jelas semasa kamera dalam mod tidur, sambungan
mungkin terputus antara kedua-duanya.
Page view 25
1 2 ... 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 ... 119 120

Comments to this Manuals

No comments