Casio EX-ZS12 User Manual Page 103

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 136
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 102
103
Tetapan Lain (Sediakan)
[SET] * MENU * Tab Sediakan * Waktu Dunia
Anda boleh menggunakan skrin Waktu Dunia untuk melihat waktu semasa dalam zon
yang berbeza daripada Bandar Rumah anda apabila anda pergi melancong, dsb.
Waktu Dunia memaparkan waktu semasa di 162 bandar di 32 zon waktu di seluruh
dunia.
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Destinasi” dan kemudian tekan
[6].
Untuk menukar kawasan geografi dan bandar bagi waktu di mana anda
biasanya menggunakan kamera, pilih “Rumah”.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bandar” dan kemudian tekan
[6].
Untuk menukar tetapan “Destinasi” ke waktu musim panas, gunakan [8] dan
[2] untuk memilih “DST” dan kemudian pilih “Hidup”. Waktu musim panas
digunakan di beberapa kawasan geografi untuk menukar tetapan waktu
semasa satu jam ke hadapan ketika bulan musim panas.
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk memilih kawasan geografi yang
anda mahu dan kemudian tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bandar yang anda mahu dan
kemudian tekan [SET].
5. Tekan [SET].
Sebelum mengkonfigurasi tetapan Waktu Dunia, pastikan tetapan Bandar Rumah
adalah tempat anda tinggal atau biasanya menggunakan kamera. Jika ia bukan,
pilih “Rumah” pada skrin di langkah 1 dan konfigurasi tetapan Bandar Rumah,
tarikh dan masa seperti diperlukan (halaman 104).
Mengkonfigurasi Tetapan Waktu Dunia (Waktu Dunia)
Page view 102
1 2 ... 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 ... 135 136

Comments to this Manuals

No comments