Casio EX-ZS12 User Manual Page 52

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 136
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 51
52
Menggunakan BEST SHOT
. Peringatan BEST SHOT
Beberapa pemandangan BEST SHOT tidak boleh digunakan semasa merakam
filem.
Pemandangan Untuk YouTube tidak boleh digunakan semasa merakam syot kilat.
Pemandangan Rakaman Suara tidak boleh digunakan semasa merakam syot kilat
atau merakam filem.
Pemandangan tertentu seperti Pemandangan Malam dan Bunga Api akan
menyebabkan tetapan kelajuan pengatup perlahan. Oleh sebab kelajuan pengatup
perlahan meningkatkan kemungkinan hingar digital dalam imej, kamera secara
automatik melakukan proses pengurangan hingar digital apabila salah satu
pemandangan ini dipilih. Ini bermakna ia akan mengambil masa yang lama sedikit
untuk menyimpan imej yang ditunjukkan oleh kelipan hijau lampu belakang.
Jangan melakukan sebarang operasi penting semasa itu. Di samping itu, tripod
lebih baik digunakan untuk mengelakkan imej kabur disebabkan oleh pergerakan
kamera semasa merakam pada kelajuan pengatup perlahan.
Pemandangan BEST SHOT YouTube menyediakan kamera untuk rakaman filem
yang dioptimumkan untuk muat naik ke YouTube. Filem yang dirakam dengan
pemandangan YouTube disimpan dalam folder khas untuk memudahkannya
ditemui bagi memuat naik (halaman 99).
Kamera anda menyertakan sampel pemandangan yang mengoptimumkan tetapan
untuk imej laman lelongan. Bergantung pada model kamera anda, sampel
pemandangan dinamakan sama ada “Untuk eBay” atau “Lelongan”. Imej yang
anda rakam menggunakan sampel pemandangan laman lelongan disimpan dalam
folder khas supaya anda mudah mencarinya pada komputer anda (halaman 99).
Kepekaan Tinggi
Tetapan kepekaan tinggi dinyahdaya apabila denyar kamera nyala.
Pemekaan tinggi mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diinginkan dalam
keadaan yang amat gelap.
Apabila menangkap gambar dengan kelajuan pengatup perlahan, gunakan
tripod untuk melindungi daripada kekaburan disebabkan oleh pergerakan
kamera.
Di bawah keadaan pencahayaan tertentu, kamera akan melakukan operasi
penapisan hingar automatik untuk mengurangkan hingar digital dalam imej.
Operasi ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama daripada biasa
untuk menyimpan imej dan bersedia untuk tangkapan seterusnya.
Imej pemandangan BEST SHOT tidak ditangkap menggunakan kamera ini.
Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dibuat selepas anda memilih
pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST SHOT
kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST SHOT lain
atau mematikan kamera.
Page view 51
1 2 ... 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 ... 135 136

Comments to this Manuals

No comments