Casio EX-ZS20 User Manual Page 125

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 138
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 124
125
Lampiran
Apabila mengalami masalah...
Pencarisilapan
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Bekalan Kuasa
Kuasa tidak hidup. 1)Bateri mungkin tidak dimasukkan dengan betul (halaman 14).
2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 15). Jika
bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah mencapai
hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion litium boleh
cas semula CASIO NP-120 yang tersedia secara berasingan.
Kamera terpadam
secara tiba-tiba.
1)Mati Kuasa Auto mungkin telah diaktifkan (halaman 108).
Hidupkan kuasa semula.
2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 15).
3)Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana
suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu
sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya
semula.
Kuasa tidak dapat
dimatikan. Tiada
apa-apa yang
berlaku apabila
butang ditekan.
Keluarkan bateri daripada kamera dan kemudian masukkannya
semula.
Rakaman Imej
Imej tidak dirakam
apabila butang
pengatup ditekan.
1)Jika kamera dalam mod MAIN, tekan [
r
] (RKM) untuk
memasuki mod RKM.
2)Jika denyar sedang mengecas, tunggu sehingga operasi cas
selesai.
3)Jika mesej “Memori Penuh” muncul, pindah imej ke dalam
komputer anda, padam imej yang anda tidak perlukan lagi
atau guna kad memori lain.
Auto Fokus tidak
memfokus dengan
betul.
1)Jika kanta kotor, bersihkannya.
2)Subjek mungkin tidak berada di tengah bingkai fokus semasa
anda menyediakan imej.
3)Subjek yang anda rakam mungkin bukan daripada jenis yang
serasi dengan Auto Fokus (halaman 32). Gunakan fokus
manual (halaman 57).
4)Anda mungkin menggerakkan kamera semasa
penggambaran. Cuba merakam dengan Antigoncang atau
gunakan tripod.
5)Anda mungkin menekan penuh butang pengatup tanpa
menunggu Auto Fokus. Tekan separuh butang pengatup dan
beri masa yang cukup untuk Auto Fokus memfokus.
Page view 124
1 2 ... 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 ... 137 138

Comments to this Manuals

No comments