Casio YM-81 User Manual Page 4

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 29
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 3
MS-3
Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian
z Setelah Sistem Projektor dipasang, jangan
sekali-kali longgarkan mana-mana bolt, skru,
atau nat. Pelarasan oleh orang yang bukan
pakar mengakibatkan risiko pendakap dan
projektor terjatuh.
z Jika anda dapati mana-mana bahagian atau
komponen telah jatuh dari pendakap/projektor,
periksa pemasangan dengan serta merta.
z Jangan sekali-kali biarkan apa-apa benda
tergantung dari pendakap. Berbuat demikian
mengakibatkan risiko pendakap dan projektor
terjatuh dan masalah lain.
z Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua
kerja penyelenggaraan kepada pakar yang
berkelayakan.
z Untuk maklumat tentang penyelenggaraan
projektor, sila lihat panduan pengguna projektor.
z Jangan letak objek berat di atas projektor atau
pendakap lekapan dinding, dan jangan
benarkan sesiapa memanjat ke atasnya.
z Pastikan pemasangan tidak menyebabkan
bolong masuk dan ekzos projektor terhadang.
Secara berkala, periksa projektor untuk
memastikan bolong masuk dan ekzosnya tidak
tersumbat oleh habuk yang terkumpul. Jika
terdapat pengumpulan habuk, bersihkan bolong
sebelum menggunakan projektor.
z Apabila memasang dan melaraskan pendakap
lekapan dinding, berhati-hati supaya tangan
anda tidak tersepit di antara
komponen-komponen logam.
z Jangan sekali-kali gunakan sebarang jenis skru
kecuali jenis yang dinyatakan. Penggunaan skru
yang tidak dinyatakan mengakibatkan risiko
pendakap dan projektor terjatuh dan masalah
lain.
z Jangan sekali-kali cuba mengubah suai
pendakap lekapan dinding dalam apa jua cara.
(Kekuatan pendakap yang diubah suai tidak
boleh dijamin.)
Langkah Berjaga-Jaga Lokasi
Pemasangan
z Jangan sekali-kali memasang produk ini di
mana-mana jenis lokasi di bawah.
z Apabila memasang projektor, jauhkan dari
pencahayaan pendarflour, pendingin hawa, dan
peralatan elektrik yang lain. Sesetengah
pencahayaan pendarfluor boleh mengganggu
operasi sistem kawalan jauh projektor.
z Pastikan kekunci kuasa projektor terletak pada
kedudukan di mana ia boleh digunakan untuk
mematikan projektor untuk memulihkannya
daripada ralat operasi projektor, untuk
melindungi sistem litar dalaman, dan untuk
menjimatkan tenaga.
z Untuk memastikan imej tayangan yang bebas
hingar, penggunaan kabel yang panjangnya
tidak lebih daripada 10 meter adalah disarankan
apabila menyambungkan komputer atau peranti
lain. Selain itu, jauhkan kabel penyambung dari
kord AC.
z Untuk mengelak daripada mengotorkan lensa
dan sumber cahaya dalaman, pasangkan
projektor di lokasi di mana kebarangkaliannya
terdedah kepada habuk dan kelembapan adalah
rendah.
z Apabila cahaya langsung masuk ke dalam bilik,
imej tayangan lebih mudah dilihat dengan
menarik langsir untuk menutup tingkap.
z Cahaya dan haba yang dipancarkan dari
projektor boleh menyebabkan kepudaran warna
persekitaran.
z Elakkan daripada melekapkan projektor pada
ketinggian yang membolehkannya disentuh oleh
orang. Jika pemasangan pada kedudukan
rendah tidak dapat dielakkan, pastikan ia
dipasang dengan cara yang boleh
menghindarkan kecederaan kepala atau
kecederaan lain.
Amaran
z Produk ini tidak mempunyai pelarasan
sudut putaran. Setelah melaraskan
dongakan dan sudut, jangan sekali-kali
putar projektor semasa skru diketatkan.
Setelah pemasangan selesai, tinggalkan
semua pelarasan dongakan dan sudut
kepada pakar yang berkelayakan.
Pelarasan oleh orang yang bukan pakar
mengakibatkan risiko pendakap dan
projektor terjatuh.
*
• Kawasan yang terdedah kepada suhu tinggi
atau rendah
• Di luar bangunan
• Kawasan yang terdedah kepada gegaran kuat
• Kawasan penyediaan makanan dan lokasi lain
di mana terdapat kemungkinan bersentuhan
dengan asap minyak, dan kawasan di mana
terdapat banyak asap tembakau.
• Kawasan yang terdedah kepada kelembapan
tinggi
• Bilik mandi dan kawasan lain di mana
projektor boleh menjadi basah
• Di atas permukaan yang tidak stabil atau
senget
• Di kawasan berdekatan dengan pintu masuk
lokasi jualan (Di mana terdapat risiko
pendedahan kepada hujan.)
Page view 3
1 2 3 4 5 6 7 8 9 ... 28 29

Comments to this Manuals

No comments