Casio YM-81 User Manual Page 3

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 29
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 2
MS-2
Langkah-Langkah Keselamatan
• Pastikan pemasangan itu cukup kuat dan
pastikan semuanya dipasang dengan betul.
• Pastikan semua skru diketatkan sepenuhnya dan
dengan kemas.
• Kira muatan yang dibenarkan bagi semua
pengukuh dan bolt yang digunakan untuk
pemasangan.
• Elak daripada mengenakan tenaga yang tidak
wajar kepada projektor semasa memasangnya.
Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah
Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di
tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan.
Keterangan tentang simbol keselamatan
Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk
memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan
dan kerosakan bahan. Maksud bagi setiap simbol diterangkan di bawah.
Contoh Ikon
*
Bahaya
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan
dengan cara yang salah, akan mewujudkan risiko kematian atau kecederaan
diri yang serius.
*
Amaran
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan
dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kematian
atau kecederaan diri yang serius.
*
Awas
Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan
dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko
kecederaan diri atau kerosakan bahan.
Segi tiga menunjukkan situasi di mana anda perlu berhati-hati. Contoh yang ditunjukkan di sini
menunjukkan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan renjatan elektrik.
!
Bulatan dengan satu garisan merentasinya menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan
yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu.
Contoh yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan adalah dilarang.
$
Bulatan hitam menunjukkan maklumat tentang tindakan yang mesti anda lakukan. Tindakan
spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini
menunjukkan anda mesti mencabut kord kuasa dari salur keluar kuasa.
Amaran
Sistem Projektor ini dijual dengan
anggapan bahawa pemasangan akan
dilakukan oleh pakar yang mempunyai
tahap pengalaman dan pengetahuan
teknologi yang memadai. Produk ini mesti
dipasang oleh pakar yang terlatih.
Pemasangan oleh orang yang bukan pakar
mengakibatkan risiko pendakap dan
projektor terjatuh dan masalah lain.
Pemasangan yang tidak betul
mengakibatkan risiko pendakap dan
projektor terjatuh dan masalah lain.
Pastikan anda sentiasa mengambil
langkah berjaga-jaga di bawah.
*
-
+
Produk ini dan projektor yang
disokongnya mempunyai berat kira-kira 13
kilogram. Semasa memasang, pastikan
tindakan yang diterangkan di bawah
diambil.
Pastikan projektor dibumikan semasa
penggunaan.
+
+
Page view 2
1 2 3 4 5 6 7 8 ... 28 29

Comments to this Manuals

No comments