Casio GZE-1 User Manual Page 25

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 98
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 24
25
Asas Mula Pantas
Untuk menggunakan kamera dengan telefon pintar yang berkeupayaan teknologi
wayarles Bluetooth, sila lakukan prosedur di bawah untuk mendaftar kamera pada
aplikasi G’z EYE.
Mendaftar pada apl G’z EYE menyebabkan tetapan waktu dan tarikh untuk
disegerakkan dengan tetapan telefon pintar.
Selepas mendaftar kamera pada apl G’z EYE, kedua-duanya akan bersambung
secara automatik menggunakan teknologi wayarles Bluetooth pada bila-bila masa
anda menghidupkan kamera.
Lakukan prosedur di bawah selepas mendayakan tetapan Wi-Fi dan Bluetooth
pada telefon pintar.
1. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “G’z EYE”.
Jika ini adalah kali pertama anda memulakan aplikasi, “LICENSE
AGREEMENT” dan “Privacy Policy” akan muncul pada paparan. Ketik “Agree”.
Ini akan memaparkan skrin yang menerangkan fungsi apl. Anda boleh menatal
maklumat dengan meleret paparan daripada kiri ke kanan.
2. Pada aplikasi G’z EYE, ketik “Start”.
3. Pastikan kamera dimatikan.
Jika kamera dihidupkan, tekan dan tahan butang [POWER] selama lebih kurang
dua saat untuk mematikannya.
4. Pada kamera, tekan dan tahan butang
[POWER] selama sekurang-kurangnya enam
saat.
Lampu [POWER] akan bernyala ambar dan nama
kamera untuk didaftarkan pada apl G’z EYE akan
muncul pada paparan telefon pintar.
5. Pada aplikasi G’z EYE, ketik nama kamera.
Ini mewujudkan sambungan teknologi wayarles
Bluetooth antara kamera dan telefon pintar.
6. Pada aplikasi G’z EYE, ketik “OK”.
Lampu [STATUS] akan mati selepas pendaftaran
kamera selesai.
Mendaftar Kamera pada aplikasi G’z EYE (Berpasangan)
Ambar bernyala
Page view 24
1 ... 24 25 26 ... 98

Comments to this Manuals

No comments