47
Mengkonfigurasi Tetapan Kamera
Imej kamera boleh disaizkan semula apabila dihantar ke telefon pintar.
• Mensaiz semula disokong untuk imej yang dirakam dengan kamera ini sahaja.
Semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan ini, maklumat lokasi boleh ditanam dalam imej
yang dihantar ke telefon pintar.
• Tetapan Maklumat Lokasi tidak boleh dikonfigurasikan melainkan kamera
didaftarkan pada apl G’z EYE (halaman 22).
• Maklumat lokasi hanya boleh direkodkan apabila terdapat sambungan teknologi
wayarles Bluetooth antara kamera dengan telefon pintar.
• Semasa “Hidup” dipiih untuk tetapan maklumat lokasi, telefon pintar mendapat dan
merekod maklumat lokasi setiap kali anda merakam syot kilat dengan kamera.
• Maklumat lokasi tidak ditambah pada data syot kilat yang disimpan dalam memori
kamera. Maklumat ditambah apabila syot kilat dihantar ke telefon pintar.
• Untuk menggunakan fungsi ini, perkhidmatan lokasi telefon pintar anda mesti
didayakan dan ia mesti berada di tempat yang boleh menerima maklumat lokasi.
Maklumat lokasi tidak akan tersedia untuk menambah pada imej jika telefon pintar
tidak dapat menerima maklumat lokasi.
Mensaiz Semula Syot Kilat sebelum Menghantarnya ke Telefon
Pintar (Saiz Semula Apabila Menghantar)
3M
Imej ditukar kepada saiz 3 M sebelum dihantar.
• Jika imej asal bersaiz 3 M atau kurang, ia dihantar tanpa disaiz
semula.
Mati Imej dihantar dalam saiz asal rakaman.
Menambah Maklumat Lokasi kepada Imej
Comments to this Manuals