Casio EX-FR100 User Manual Page 77

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 163
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 76
77
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
“Hantaran Auto” (halaman 82) akan dihidupkan selepas anda mengkonfigurasi
tetapan sambungan wayarles pada kamera atau telefon pintar.
Mematikan kamera juga menamatkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth.
. Telefon pintar yang tidak menyokong Bluetooth Smart
Konfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles (input SSID kamera dan kata
laluan).
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Sentuh “Rakam dengan telefon”.
3. Sentuh “Mula”.
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon
pintar dan kamera akan memaparkan skrin untuk input
SSID dan kata laluan, serta lampu sambungan LAN
wayarles kamera akan berkelip biru.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan SSID dan kata laluan
kamera untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
Apabila telefon pintar membuat sambungan LAN wayarles dengan kamera,
lampu sambungan LAN wayarless menyala biru dan mesej “Mulakan aplikasi
telefon.” muncul pada skrin monitor pengawal.
Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung pada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.
SSID (yang tidak boleh diubah) dan kata laluan (lalai asal) kamera ditunjukkan
di bawah.
SSID: FR100-XXXXXX (ID abjad angka 6 aksara)
Kata laluan: 00000000
5. Pada telefon pintar, mulakan “EXILIM Connect”.
Anda juga boleh menggunakan prosedur di bawah untuk mewujudkan sambungan
LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua saat untuk
mematikan kuasa.
Pada kamera, semasa menekan [0] (Filem), tekan dan tahan [p] (Kuasa) kira-
kira satu saat.
Lampu sambungan LAN wayarles kamera akan berkelip biru.
Pada telefon pintar, pilih SSID kamera.
SSID
Kata laluan
Page view 76
1 2 ... 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 ... 162 163

Comments to this Manuals

No comments