83
Fungsi Main Semula Lain (MAIN)
Masuk ke Mod MAIN * Paparkan syot kilat * MENU * Memotong
Anda boleh memangkas syot kilat untuk memotong bahagian yang anda tak perlukan
dan menyimpan hasil dalam fail berasingan. Syot kilat asal juga disimpan.
1. Seret ke kiri atau kanan untuk memaparkan imej yang anda ingin
pangkas.
2. Pilih nisbah aspek imej yang disimpan.
Bagi nisbah aspek imej 4:3, anda boleh memilih antara dua nisbah aspek imej
yang dirapi: 4:3 atau 1:1 (segi empat sama).
• Skrin pilihan nisbah aspek tidak akan muncul jika nisbah aspek imej asal ialah
1:1 (segi empat sama). Pemotongan imej sentiasa berlaku dalam imej segi
empat sama. Dalam keadaan ini, langkau langkah 2 prosedur ini dan terus
pergi ke langkah 3.
3. Seret imej sehingga ke bahagian yang anda ingin simpan dipaparkan.
• Untuk membesarkan imej, sentuh skrin dengan ibu jari dan jari telunjuk anda
dan jarakkannya. Untuk mengecilkan imej, sentuh skrin dengan ibu jari dan jari
telunjuk anda dan dekatkannya.
4. Sentuh “OK”.
Ini akan memangkas imej, meninggalkan hanya bahagian yang dipaparkan.
• Tarikh rakaman imej yang dipangkas adalah sama seperti tarikh rakaman syot kilat
asal.
Memangkas Syot Kilat (Memotong)
Comments to this Manuals