Casio EX-100 User Manual Page 146

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 232
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 145
146
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
Untuk menghentikan pertunjukan slaid, tekan [SET] atau [MENU].
Menekan [MENU] menghentikan pertunjukan slaid dan kembali ke skrin menu.
Laraskan kelantangan audio dengan menekan [2] dan kemudian tekan [8] atau
[2] semasa main semula.
Semua butang operasi dinyahdayakan semasa pertunjukan slaid sedang beralih
daripada satu imej ke imej lain.
Masa yang diperlukan untuk beralih daripada satu imej ke imej lain mungkin lebih
lama bagi kes imej yang tidak dirakam menggunakan kamera ini.
Anda boleh gantikan muzik latar belakang pertunjukan slaid terbina dalam dengan
muzik lain daripada komputer anda.
Jenis Fail Disokong:
Format PCM (16 bit, monoaural/stereo) file WAV
Frekuensi Pensampelan: 11.025 kHz/22.05 kHz/44.1 kHz
Bilangan Fail: 9
Nama fail: SSBGM001.WAV hingga SSBGM009.WAV
Cipta fail muzik pada komputer anda menggunakan nama-nama di atas.
Tanpa mengira corak kesan mana yang anda pilih, fail muzik yang anda disimpan
pada memori kamera dimain semula mengikut urutan nama.
1. Sambungkan kamera ke komputer anda (halaman 178, 182).
Jika anda merancang untuk menyimpan fail muzik pada kad memori kamera,
pastikan kad dimasukkan ke dalam kamera.
Effect (Kesan)
Pilih kesan yang anda mahu.
Corak 1 hingga 5: Memainkan muzik latar belakang dan menerapkan kesan
perubahan imej.
Corak 2 hingga 4 mempunyai muzik latar belakang yang berbeza, tetapi
kesemuanya menggunakan kesan perubahan imej yang sama.
Corak 5 boleh digunakan untuk main semula syot kilat sahaja (kecuali syot
daripada CS dan kumpulan pengurungan), dan tetapan “Interval (Selang)”
diabaikan.
Syot kilat yang merupakan sebahagian daripada kumpulan dipaparkan sama
dengan syot yang menggunakan mod syot tunggal, dan bukan sebagai
kumpulan.
Tetapan kesan perubahan imej yang sedang dipilih dinyahdayakan secara
automatik dalam keadaan berikut.
Apabila memainkan pertunjukan slaid yang memilih “» Only (Sahaja)”
atau “» Only (Sahaja)” sebagai tetapan “Images (Imej)”
Apabila tetapan selang masa ialah “MAX (MAKS)” atau 1 saat
Sebelum dan selepas main semula filem
Off (Mati): Tiada kesan pertukaran imej dan muzik latar
Memindah Muzik daripada Komputer Anda ke Memori Kamera
Page view 145
1 2 ... 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 ... 231 232

Comments to this Manuals

No comments