Casio EX-100 User Manual Page 209

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 232
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 208
209
Lampiran
Menyambung kepada LAN awam
Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN
wayarles awam.
Kawasan Penggunaan Sasaran
Kamera ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di
laman web yang dipautkan di bawah.
http://world.casio.com/r-law/dc/
Walaupun anda berada di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web
yang dipautkan di atas dan walaupun model kamera anda sama seperti yang
diterangkan dalam manual ini, kamera anda mungkin tidak mematuhi undang-
undang radio dan undang-undang lain di kawasan atau negara anda sekiranya anda
membelinya di Internet atau di negara atau kawasan yang mempunyai undang-
undang yang berbeza. Dalam keadaan ini, terpulang pada anda untuk menentukan
sama ada kamera anda boleh digunakan secara sah di negara atau kawasan anda.
Penggunaan kamera ini di negara atau kawasan selain daripada tempat ia telah
dibeli pada asalnya membawa risiko pelanggaran undang-undang radio tempatan
dan undang-undang lain. Sila maklum bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak
akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran tersebut.
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera
Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad
memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk
data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali
anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik
kepada pihak lain.
Apabila membuang kad memori, musnahkan kad memori itu secara fizikal atau
guna perisian memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam
terus data pada kad memori.
Apabila memindah hak milik kad memori kepada pihak lain, guna perisian
memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam terus datanya.
Gunakan fungsi format (halaman 197) untuk memadam terus data daripada
memori terbina dalam sebelum membuang atau memindah hak milik kamera.
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini perkara biasa dan
tidak bermakna kerosakan.
C
Page view 208
1 2 ... 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 ... 231 232

Comments to this Manuals

No comments