Casio EX-100 User Manual Page 67

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 232
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 66
67
Tutorial Syot Kilat
8. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
Bilangan imej yang ditetapkan dirakam pada
selang masa yang anda tetapkan dalam langkah 6.
Untuk menghentikan operasi selang masa yang
berjalan, tekan butang pengatup.
Memilih pemandangan “Interval : Starry sky
(Selang : Langit penuh bintang)” menyebabkan
mod fokus menjadi “MF” (Fokus Manual) (halaman
50). Anda disyorkan mengarahkan kamera kepada
bintang cerah dan melaraskan fokus seperti yang diperlukan (halaman 51).
Skrin monitor kosong apabila operasi selang masa sedang berlangsung.
Lampu belakang kamera akan dinyalakan untuk menunjukkan rakaman sedang
berlangsung. Melakukan sesuatu operasi kamera semasa skrin monitor kosong
akan menyebabkan kandungan skrin muncul. Sila ambil perhatian, walau
bagaimanapun, menukarkan tetapan dail mod akan menyebabkan operasi Syot
Selang Masa berhenti.
Jika tetapan “ Interval (Selang)” adalah satu minit atau lebih, lensa kamera
akan masuk ke dalam dan lampu belakang akan terpadam di antara syot.
Menekan [ON/OFF] (Kuasa) semasa operasi Syot Selang Masa sedang
berlangsung akan menyebabkan mesej muncul.
Bateri kamera boleh dicas melalui sambungan USB apabila lensa masuk ke dalam
semasa Syot Selang Masa. Jika anda mahu bateri dicas semasa Syot Selang
Masa, sediakan sambungan USB sebelum memulakan operasi rakaman.
Menyambungkan kabel USB semasa lensa dikeluarkan akan menyebabkan kuasa
kamera dimatikan.
Tetapan denyar “Auto Flash (Denyar Auto)” dan “Red Eye Reduction (Kurangkan
Mata Merah)” tidak disokong semasa tetapan selain daripada “Auto” dipilih untuk
tetapan “Aperture (Apertur)” atau “Shutter Speed (Kljuan Pngtup)” semasa
menggunakan Syot Selang Masa. Memilih Syot Selang Masa semasa tetapan
denyar yang tidak disokong sedang aktif akan menyebabkan tetapan mod denyar
bertukar secara automatik kepada “Flash Off (Denyar Mati)”.
Fungsi di bawah tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Remote Capture (Tangkapan Jauh), CS, Handsfree (Bebas tangan), Anti Shake
(Antigoncang), Zoom (SR) (Zum (SR)), Continuous AF (AF Berterusan),
EX Finder (Pencari EX), Type 4 (Jenis 4) Semak tetapan, Digital Zoom (Zum
Digital)
Baki masa
rakaman
C
Page view 66
1 2 ... 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 ... 231 232

Comments to this Manuals

No comments