Casio EX-TR50 User Manual Page 50

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 137
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 49
50
Menggunakan BEST SHOT
Menggunakan BEST SHOT
BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang
menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda
perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan
apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik.
Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan
pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah.
. Untuk menangkap imej dengan BEST SHOT
1. Dalam mod RKM, sentuh “ ” (Tunjukkan
Ikon) (halaman 38).
2. Sentuh ikon mod rakaman.
3. Sentuh “b” (BEST SHOT).
Ini akan memaparkan menu pemandangan BEST SHOT.
4. Sentuh pemandangan yang anda ingin pilih.
Menyentuh “ ” atas skrin dan kemudian menyentuh pemandangan BEST
SHOT akan memaparkan maklumat terperinci mengenai pemandangan itu.
5. Tekan butang pengatup (jika anda merakam syot kilat) atau sentuh
” (Filem) (jika anda merakam filem).
Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, mesej “Sedang sibuk... Sila
tunggu...” akan muncul pada skrin monitor selepas anda menekan butang
pengatup. Kamera berada dalam proses rakaman imej sehingga mesej
dipaparkan. Pastikan kamera tidak bergerak. Proses rakaman imej mengambil
sedikit masa untuk diselesaikan selepas mesej dipaparkan. Anda tidak akan
dapat merakam imej lain semasa mesej dipaparkan.
. Peringatan BEST SHOT
Imej pemandangan BEST SHOT tidak ditangkap menggunakan kamera ini.
Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dikonfigurasikan selepas anda
memilih pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST
SHOT kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST
SHOT lain atau mematikan kamera.
Rakaman filem boleh dilakukan semasa satu daripada pemandangan BEST SHOT
di bawah dipilih. Ambil maklum bahawa jika “HS240” dipilih untuk seting kualiti
filem, filem akan dirakam menggunakan seting rakaman auto “Auto”.
Pemandangan Malam HS, Potret Malam HS, Makanan, Kuku
Page view 49
1 2 ... 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 ... 136 137

Comments to this Manuals

No comments