Casio EX-TR50 User Manual Page 85

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 137
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 84
85
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh gunakan Hantar Syot Terakhir untuk menghantar syot kilat yang anda baru
rakam dengan kamera ke telefon pintar anda. Selepas menghantar imej ke telefon
pintar, anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial.
Ambil maklum bahawa anda tidak boleh menggunakan Hantar Syot Terakhir untuk
menghantar syot kilat ke telefon pintar jika anda melakukan salah satu operasi di
bawah selepas merakam syot kilat.
Keluar daripada mod RKM dan memasuki mod MAIN atau mematikan kamera
Menetapkan semula kamera (halaman 107) atau memformat ingatan kamera
(halaman 107)
Memilih Tangkapan Jauh
Melakukan operasi rakaman filem
1. Pada kamera, masuk mod RKM dan rakam syot kilat.
2. Sentuh ikon ” (Hantar Syot Terakhir).
3. Sentuh “Hantar”.
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara kamera anda dengan telefon pintar, dan
menghantar syot kilat yang anda baru rakam ke telefon pintar.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 82).
5. Selepas penghantaran imej selesai, lakukan satu daripada operasi
yang diterangkan di bawah.
“Preview photo in Scene app”: Anda boleh gunakan aplikasi Scene* pada telefon
pintar untuk melihat imej yang dihantar.
“Send to SNS”: Papar skrin muat naik perkhidmatan rangkaian sosial.
“To TOP Panel”: Kembali ke skrin ATAS.
* Aplikasi Scene ialah aplikasi pengurusan imej oleh ripplex inc.
Ia membolehkan imej dipaparkan pada kelajuan tinggi dan album dikongsi
dengan kawan-kawan. Jika anda tidak mahu gunakan aplikasi Scene, ketik
“Settings” di sudut atas kanan skrin ATAS EXILIM Remote, dan kemudian pilih
“Off” untuk “Launch Scene Application”.
Anda boleh tetapkan saiz imej yang dihantar ke telefon pintar menggunakan “Saiz
sml sblm hntr” (halaman 87).
Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
iPhone: Camera Roll
Terminal Android: Gallery atau aplikasi pelayar foto lain
Menghantar Syot Kilat Baru Dirakam ke Telefon Pintar
(Hantar Syot Terakhir)
Page view 84
1 2 ... 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 ... 136 137

Comments to this Manuals

No comments