Casio EX-TR80 User Manual Page 143

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 159
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 142
143
Lampiran
. Jika lampu operasi kamera mula berkelip merah...
Jika lampu operasi mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna
pengecasan lebih lanjut tidak boleh dilakukan kerana salah satu sebab di bawah.
Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah
tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Suhu sekitar atau suhu bateri tinggi atau rendah daripada paras normal
Tanggalkan kabel USB dari kamera dan tunggu seketika sehingga kamera dalam
julat suhu 15°C hingga 35°C dan cuba cas sekali lagi.
Pemasa keselamatan diaktifkan
Bateri yang sudah lama tidak digunakan, beberapa jenis komputer, dan keadaan
sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa yang lebih lama dari
biasa. Jika pengecasan mengambil masa lebih lima jam, pemasa keselamatan akan
menghentikannya secara automatik, walaupun bateri tidak dicas sepenuhnya. Jika
bateri sudah lama tidak digunakan, pengecasan mungkin berhenti secara automatik
selepas hanya sekitar 60 minit.
1) Menggunakan bateri yang sudah lama tidak digunakan.
Putuskan sambungan dan kemudian sambung semula kabel USB untuk
meneruskan pengecasan.
2) Bekalan kuasa yang tidak cukup apabila disambungkan ke komputer
Kamera hanya boleh dicas melalui port USB standard USB 2.0. Sambung terus ke
port USB yang membekalkan arus 500 mA.
Untuk butiran mengenai kapasiti bekalan kuasa port USB komputer, hubungi
pengilang komputer itu. Walaupun membuka sambungan dan menyambung semula
kabel USB akan meneruskan pengecasan, anda mungkin perlu melakukannya
berulang kali jika kapasiti bekalan kuasa komputer rendah.
Bekalan Kuasa
Mengecas
Jika masalah berterusan selepas anda melakukan langkah di atas atau jika bateri
gagal dicas selepas 5 jam, ini mungkin bermakna bateri rosak. Hubungi pusat
perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.
Page view 142
1 2 ... 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 ... 158 159

Comments to this Manuals

No comments