Casio EX-TR80 User Manual Page 60

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 159
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 59
60
Menggunakan BEST SHOT
Dengan HDR (Julat Dinamik Tinggi), kamera merakam sesiri imej CS menggunakan
tetapan pendedahan berbeza dan menggabungkannya menjadi imej akhir untuk
membetulkan pendedahan lampau atau pendedahan kurang subjek dalam tahap
kecerahan berbeza.
1. Pilih pemandangan “HDR” (halaman 56).
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Fungsi ini berfungsi paling baik apabila kamera tidak bergerak dengan
meletakkannya pada permukaan rata, dsb.
Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan lampu LED secara automatik
dimatikan.
Kesan HDR yang diingini mungkin tidak dapat diperoleh jika kamera atau subjek
bergerak semasa rakaman.
Syot Tigaan menangkap letusan tiga imej dan menyimpannya dalam memori. Ciri ini
sangat sesuai untuk memastikan anda tidak terlepas saat-saat indah semasa
dikelilingi kanak-kanak.
1. Pilih pemandangan “Syot Tigaan” (halaman 56).
2. Halakan kamera pada subjek dan tekan separuh butang pengatup.
Kamera akan mula memprarakam imej pada waktu ini.
Jika anda lepaskan butang pengatup yang ditekan separuh tadi sebelum
menekan sepenuhnya, semua imej dalam penimbal prarakam akan dipadam.
3. Tekan butang pengatup sepenuhnya untuk merakam.
Ini akan merekod tiga imej: satu semasa butang pengatup ditekan sepenuhnya,
satu semasa sebelum butang pengatup ditekan sepenuhnya dan satu semasa
selepas butang pengatup ditekan sepenuhnya.
Menekan butang pengatup sepenuhnya tanpa menekan separuh terlebih
dahulu akan menyebabkan dua imej sahaja dirakam.
Fungsi berikut tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Pengatup Sentuh, Lampu LED
“Jenis 1” tidak boleh dipilih untuk tetapan “Semak Semula” semasa merakam
dengan fungsi ini. Jika “Jenis 1” dipilih dalam mod lain, memilih pemandangan
“Syot Tigaan” akan menyebabkan tetapan “Semak Semula” bertukar kepada
“Jenis 2”.
Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang
Secara Digital (HDR)
Merakam dengan Syot Tigaan
Page view 59
1 2 ... 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 ... 158 159

Comments to this Manuals

No comments