Casio EX-TR80 User Manual Page 145

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 159
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 144
145
Lampiran
Lihat halaman 27 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara
memuat kad memori.
. Menggunakan Kad Memori
Jika kad memori mula bertindak tidak normal semasa main semula imej, anda
boleh mengembalikan pengendalian biasa dengan memformatnya semula
(halaman 119). Namun, anda disarankan supaya sentiasa membawa beberapa
kad memori semasa menggunakan kamera jauh dari rumah atau pejabat.
Apabila anda merekod data dan memadam data dalam kad memori beberapa kali,
ia kehilangan keupayaannya untuk menyimpan data. Oleh kerana itu,
pemformatan semula kad memori secara berkala amat disarankan.
Cas elektrostatik, hingar elektrik dan fenomena lain boleh menyebabkan
kerosakan atau kehilangan data. Pastikan anda sentiasa menyimpan data penting
pada media lain (CD-R, CD-RW, cakera keras dsb.).
. Peringatan Pengendalian Kad Memori
Sesetengah jenis kad memori boleh melambatkan kelajuan pemprosesan. Di mana
mungkin gunakan kad memori Ultra High-Speed Type. Namun ambil perhatian
bahawa bukan semua operasi boleh dijamin walaupun kad memori Ultra High-Speed
Type digunakan. Tetapan kualiti filem tertentu mungkin mengakibatkan masa yang
lama digunakan untuk merakam data, di mana ini boleh menyebabkan pecahan pada
imej dan/atau audio semasa main semula. Jika ini berlaku, “ ” (Henti Filem) akan
jadi “ ”.
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera
Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad
memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk
data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali
anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik
kepada pihak lain.
Apabila membuang kad memori, musnahkan kad memori itu secara fizikal atau
guna perisian memadam data yang tersedia secara komersial untuk memadam
terus data pada kad memori.
Apabila memindah hak milik kad memori kepada pihak lain, guna perisian
memadam data yang tersedia secara komersial untuk memadam terus datanya.
Gunakan fungsi format (halaman 119) untuk memadam terus data daripada
memori terbina dalam sebelum membuang atau memindah hak milik kamera.
Menggunakan Kad Memori
Page view 144
1 2 ... 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 ... 158 159

Comments to this Manuals

No comments