Casio XJ-UT310WN User Manual Page 12

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 79
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 11
12
Menggunakan SSID (Ringkas atau Generik) Terbina Dalam
Projektor untuk Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles
Bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection untuk mencari SSID terbina
dalam projektor (mudah atau generik) dan mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor
dan komputer. Operasi yang diperihalkan di sini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara
projektor dan komputer dan memulakan tayangan skrin komputer.
Bagi menggunakan SSID sambungan ringkas projektor untuk
mewujudkan sambungan LAN wayarles dan menayang
Operasi Projektor
1.
Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 10) dan kemudian
hidupkan projektor.
z Sumber input akan bertukar secara automatik kepada “Rangkaian”, dan tayangan skrin
tunggu sedia sambungan LAN akan bermula.
z Jika tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN tidak bermula, tekan kekunci [INPUT]. Pada
kotak dialog “Input” yang muncul, gunakan kekunci [T] dan [S] untuk memilih “Rangkaian”
dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
2.
Tekan kekunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3
“Seting LAN Wayarles Projektor” 3 “SSID”. Pada kotak dialog yang muncul,
pilih satu daripada yang berikut: casiolpj0001, casiolpj0002, casiolpj0003 atau
casiolpj0004.
3.
Tekan kekunci [ESC] dua kali untuk kembali ke “Seting Rangkaian”.
4.
Gunakan kekunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian” dan
kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang bertanya sama ada anda mahu
mengemas kini seting rangkaian.
5.
Tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
z Ini mengenakan perubahan SSID kepada projektor dan menutup kotak dialog. Tunggu
sehingga skrin tunggu sedia sambungan LAN mula ditayang semula.
z Jika berbilang projektor sedang digunakan berhampiran, pilih SSID yang berasingan bagi
setiap projektor.
Sambungan LAN wayarles
Page view 11
1 2 ... 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 ... 78 79

Comments to this Manuals

No comments