Casio XJ-UT310WN User Manual Page 43

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 79
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 42
43
Menayang Strim Video
Anda boleh menggunakan Network Connection bagi memainkan filem dan mengeluarkan imej main
semula pada projektor untuk tayangan. Hanya strim video filem dipaparkan pada skrin tayangan. Anda
boleh membiarkan desktop biasa dan tetingkap Network Connection (yang tidak ditayangkan) pada
skrin komputer.
Fail Main Semula yang Disokong
AVI: Maksimum 20 Mbps 720/30P (video MJPEG, audio ADPCM)
MOV: Maksimum 20 Mbps 1080/30P (video H.264, audio ADPCM atau audio AAC)
MP4: Maksimum 20 Mbps 1080/30P (video H.264, audio AAC)
Bagi menayang strim video
1.
Pada tetingkap Network Connection, klik (tayang strim video).
z Ini akan menyebabkan rupa tetingkap Network Connection berubah seperti yang ditunjukkan
di bawah.
z Jika skrin komputer sedang ditayang, menekan butang di atas akan mengembalikan skrin
tayangan ke skrin tunggu sedia sambungan LAN. Jika tayangan sedang dilakukan dari
komputer lain, skrin tayangan tidak akan berubah.
2.
Klik (pilih fail).
3.
Gunakan kotak dialog pilih fail yang muncul bagi memilih fail filem yang anda
mahu mainkan dan kemudian klik [Buka].
z Ini memulakan main semula fail yang dipilih dan memaparkan pandangan skrin penuh filem
pada skrin tayangan.
4.
Bagi menghentikan main semula filem, klik (henti).
5.
Untuk kembali ke tayangan skrin komputer biasa, klik (tayang skrin PC).
z Selepas menghentikan main semula dalam langkah 4 prosedur di atas, anda boleh
memulakan semula main semula dari permulaan fail (filem) dengan mengklik (main).
z Tayangan strim video sentiasa dilakukan dalam pandangan skrin penuh. Dalam keadaan ini,
skrin tayangan tidak boleh dibahagikan kepada empat bahagian seperti apabila menayang
imej skrin komputer.
z Apabila menayang strim video, audio filem sentiasa dikeluarkan oleh projektor.
Butang Tayang skrin PC
Butang Henti
Butang Main
Butang Pilih fail
Page view 42
1 2 ... 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 ... 78 79

Comments to this Manuals

No comments