Casio EX-FR100 User Manual Page 107

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 145
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 106
107
Lampiran
Kamera ini direka untuk tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk seperti yang
diterangkan di bawah.
0 Tahan kejutan:
Lulus ujian berdasarkan standard*
1
bebas CASIO yang dirumuskan menurut MIL-
Standard 810F Method 516.5-Shock.*
2
*1 Ujian jatuh kamera dan pengawal secara berasingan daripada ketinggian
1.7 meter ke atas papan lapis (lauan), 10 arah (6 muka, 4 sudut)
(1.3 meter apabila kamera dan pengawal digabungkan)
*2 Walaupun kamera ini direka untuk menahan kesan impak yang mungkin
berlaku semasa penggunaan harian biasa, impak yang sangat kuat yang
disebabkan pengendalian yang sangat kasar seperti melempar atau jatuhkan
kamera dari tempat yang sangat tinggi akan menyebabkan kerosakan yang
serius. Biarpun kejatuhan tidak mengakibatkan kerosakan fungsi, ia mungkin
menyebabkan kesan calar dan kerosakan pada fizikal kamera.
0 Kalis simbah:
Kalis percikan bersamaan dengan IEC/JIS Kelas 8 (IPX8)*
3
dan Kelas 6 (IPX6).
Membolehkan penggunaan berterusan semasa direndam dalam air dengan
kedalaman sehingga 1.5 meter selama 60 minit*
4
dan perlindungan terhadap
semburan jet daripada semua arah.*
5
*3 Menandakan penggunaan bawah permukaan air apabila terendam untuk
sesuatu tempoh dan pada tekanan yang ditetapkan oleh CASIO. Operasi panel
sentuh tidak disokong di bawah air.
*4 Keadaan ujian ditakrifkan oleh CASIO.
*5 Penggunaan semasa perjalanan berkelajuan tinggi di atas air semasa sukan
bermotor, sambil menunggang kenderaan air peribadi, dll. tidak disokong.
0 Kalis habuk:
Sepadan dengan ciri kalis habuk IEC/JIS Perlindungan Kelas 6 (IP6X).
Tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk produk ini adalah berdasarkan keputusan
ujian CASIO, dan tidak menjadi sebarang jaminan bahawa produk ini akan
berjalan, tidak akan rosak atau tidak akan berfungsi dalam keadaan tersebut.
. Langkah berjaga-jaga sebelum Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Kamera ini boleh digunakan untuk merakam imej di bawah permukaan air sehingga
kedalaman 1.5 meter. Bagaimanapun, langkah-langkah berikut harus diberi perhatian
sebelum menggunakan kamera di bawah air.
Periksa permukaan sentuhan penutup [CARD] dan gasket penutup [USB] untuk
kotoran, pasir, dan apa jua benda asing. Bersihkan permukaan sentuhan dengan
mengelapnya dengan kain lembut, bersih dan kering. Ambil perhatian bahawa
sehelai rambut atau sebutir pasir boleh menyebabkan air masuk ke dalam kamera.
Periksa penutup [CARD] dan gasket kalis simbah penutup [USB] bebas dari
rekahan, calar dan sebarang kerosakan lain.
Tutup penutup [CARD] dan penutup [USB] dengan kemas.
Tahan Kejutan, Kalis Simbah, Kalis Habuk
Page view 106
1 2 ... 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 ... 144 145

Comments to this Manuals

No comments