Casio EX-FR100 User Manual Page 79

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 145
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 78
79
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Anda boleh menyambungkan kamera ke telefon pintar melalui LAN wayarles untuk
melihat dan memuat turun gambar serta filem dalam memori kamera pada lapan
telefon pintar lain yang tersambung. Anda boleh juga melihat syot kilat dan filem
dalam memori kamera pada komputer dan menyalinnya ke komputer. Telefon pintar
tidak memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect untuk mengakses imej
kamera menggunakan fungsi ini.
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Sentuh “Hantar ke telefon”.
3. Sentuh “Lihat di telefon”.
Ini mewujudkan sambungan antara telefon pintar dan kamera, dan memaparkan
sebuah URL.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 75).
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi pelayar.
Mengakses URL yang dipaparkan oleh kamera
akan memaparkan imej yang disimpan dalam
memori kamera.
Untuk keluar dari fungsi LAN wayarles, sentuh
“Keluar” pada skrin monitor kamera.
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
Anda juga boleh melihat imej dalam ingatan kamera pada pelayar komputer
dengan membuat sambungan LAN wayarles dengan komputer.
Untuk maklumat tentang bagaimana memulakan EXILIM Connect dan melihat
imej, rujuk ke manual EXILIM Connect (halaman 73). Ambil perhatian bahawa
operasi yang anda perlu lakukan bergantung pada sama ada terdapat sambungan
teknologi wayarles Bluetooth dengan telefon pintar atau tidak.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Memori Kamera pada
Telefon Pintar (Lihat di telefon)
URL
Page view 78
1 2 ... 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 ... 144 145

Comments to this Manuals

No comments