Casio EX-FR100 User Manual Page 132

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 145
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 131
132
Lampiran
Apabila mengalami masalah...
Pencarisilapan
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Bekalan Kuasa
Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum
menggunakan kamera.
2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri
(halaman 19). Jika ini tidak menyelesaikan masalah,
hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO.
Kamera terpadam
secara tiba-tiba.
1)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 19).
2)Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan
kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan
tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk
menggunakannya semula.
3)Jika, selepas anda menghidupkan kuasa, lampu operasi
berkelip merah dan kuasa dimatikan, ini mungkin bermakna
ralat lensa atau ralat lain telah berlaku. Periksa untuk
memastikan bateri dicas dan cuba hidupkan kuasa lagi
beberapa kali. Jika kuasa masih tidak boleh dihidupkan,
hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO.
Kuasa tidak dapat
dimatikan. Tiada
apa-apa yang
berlaku apabila
butang ditekan.
Gunakan objek nipis untuk menekan butang [RESET]
(halaman 8) yang berhampiran dengan slot kad memori
kamera dan port [USB] pengawal untuk mematikan kamera
dan kemudian menghidupkan kamera sekali lagi.
Mengecas
Lampu operasi tidak
bercahaya merah
dan bateri tidak
akan dicas.
1)Tanggalkan kabel USB daripada kamera dan pengawal, dan
kemudian sambungkannya semula.
2)Pastikan kamera dan pengawal dimatikan apabila anda
menyambungkan kabel USB. Pengecasan tidak akan
bermula jika anda menyambung kabel USB semasa kuasa
dihidupkan.
Rakaman Imej
Imej tidak dirakam
apabila butang
pengatup ditekan.
1)Jika kamera dalam mod MAIN, sentuh “ ” (RKM) untuk
memasuki mod RKM.
2)Jika mesej “Memori Penuh” muncul, pindah imej ke dalam
komputer anda, padam imej yang anda tidak perlukan lagi
atau guna kad memori lain.
Imej tidak terfokus
dengan betul.
1)Jika kanta kotor, bersihkannya.
2)Anda mungkin menggerakkan kamera semasa
penggambaran. Apabila merakam, letakkan kamera di atas
meja atau permukaan stabil lain, atau cari cara untuk
memastikan kamera tidak bergerak.
Page view 131
1 2 ... 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 ... 144 145

Comments to this Manuals

No comments