Casio XJ-L8300HN User Manual Page 14

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 57
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 13
14 Pengenalan
Pengenalan
Kandungan penghantaran
Keluarkan dengan berhati-hati dan sahkan yang anda menerima semua item di bawah. Jika
mana-mana item tiada, sila hubungi tempat anda membeli.
Aksesori standard
• Projektor
• Alat kawalan jauh, YT-310
• Set pengikat kabel x 2
• Bateri ujian (Saiz AA x 2)
• Kord Kuasa AC
• Kabel RGB
• Helaian "Langkah Keselamatan"
• Helaian "Baca ini dahulu"
• Waranti*
Mengganti bateri alat kawalan jauh
1. Tekan pada pemegang jari di penutup dan tolak ke
atas mengikut arah anak panah seperti yang
digambarkan.
2. Alih keluarkan bateri lama (jika berkenaan) dan
masukkan dua bateri AA. Pastikan hujung positif dan
negatif berada pada kedudukan yang betul, seperti
yang digambarkan.
3. Pasangkan semula penutup dengan menjajarkannya dengan dasar dan tolaknya kembali
ke dalam tempatnya. Berhenti apabila ia berdetap masuk ke dalam tempatnya.
• Aksesori yang dibekalkan adalah sesuai dengan rantau anda.
• *Kad waranti hanya dibekalkan di rantau tertentu sahaja. Sila rujuk peniaga anda untuk maklumat
terperinci.
• Elakkan daripada meninggalkan alat kawalan jauh dan bateri dalam persekitaran haba yang melampau
atau persekitaran yang lembap seperti dapur, bilik mandi, sauna, bilik yang ditembusi cahaya matahari
atau di dalam kereta yang bertutup.
• Gantikan hanya dengan bateri yang sama atau jenis yang serupa yang disyorkan oleh pengeluar bateri.
• Lupuskan bateri terpakai mengikut arahan pengeluar dan peraturan alam sekitar tempatan rantau anda.
• Jangan sekali-kali membuang bateri ke dalam api. Mungkin terdapat bahaya berlaku letupan.
• Jika bateri telah mati atau anda tidak akan menggunakan alat kawalan jauh untuk jangka masa yang
panjang, alih keluarkan bateri untuk mengelakkan berlaku kerosakan kepada alat kawalan jauh daripada
kemungkinan kebocoran bateri.
Page view 13
1 2 ... 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 ... 56 57

Comments to this Manuals

No comments