Casio XJ-L8300HN User Manual Page 9

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 57
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 8
9 Arahan keselamatan penting
1. Jangan gosok mata! Basuh mata dengan air yang bersih.
2. Hubungi doktor dengan segera. Kegagalan untuk mengambil tindakan segera boleh
menyebabkan kehilangan penglihatan.
Amaran
Salah guna bateri boleh menyebabkannya bocor dan meninggalkan kesan kotoran di
kawasan sekitar, atau meletup, mewujudkan risiko kebakaran dan kecederaan diri. Pastikan
anda sentiasa mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
• Jangan sekali-kali cuba untuk menanggalkan bateri dan jangan biarkannya terpintas.
• Jangan sekali-kali mendedahkan bateri kepada haba atau membuangnya ke dalam
api.
• Jangan sekali-kali mencampurkan bateri lama dengan yang baharu.
• Jangan sekali-kali mencampurkan bateri yang berlainan jenis.
• Jangan sekali-kali cuba untuk mengecaj bateri.
• Pastikan bateri diorientasikan dengan betul semasa anda memasukkannya.
• Bateri mati
Pastikan anda mengeluarkan bateri daripada alat kawalan jauh sebaik sahaja bateri mati.
• Keluarkan bateri daripada alat kawalan jauh jika anda bercadang tidak mahu
menggunakannya bagi jangka masa yang lama.
• Melupuskan bateri
Pastikan anda melupuskan bateri yang telah digunakan menurut undang-undang dan
peraturan kawasan tempatan anda.
Pemancaran Cahaya Projektor
• Jangan sekali-kali menghalang output cahaya semasa cahaya
dihidupkan.
• Jangan sekali-kali melihat terus ke dalam lensa semasa
cahaya dihidupkan. Perhatian yang khusus diperlukan dengan
kehadiran kanak-kanak.
Kumpulan Risiko 2
1. Seperti mana-mana sumber cahaya yang terang, jangan merenung ke dalam alur cahaya,
RG2 IEC 62471-5:2015
2. Sinaran optik berbahaya mungkin dipancarkan daripada produk ini.
3. Jangan merenung pada lampu yang sedang menyala. Mungkin berbahaya kepada mata.
Page view 8
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ... 56 57

Comments to this Manuals

No comments