Casio XJ-L8300HN User Manual Page 5

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 57
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 4
5 Arahan keselamatan penting
• Pincang tugas
Berhenti menggunakan projektor dengan segera jika skrin kelihatan tidak normal atau
sebarang operasi tidak normal berlaku walaupun anda mengendalikan projektor
dengan betul. Penggunaan berterusan akan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Laksanakan langkah berikut dengan segera.
1. Matikan projektor.
2. Cabut palam projektor.
3. Hubungi peniaga asal anda atau pusat perkhidmatan CASIO yang sah.
• Kord kuasa
Salah guna kord kuasa akan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
• Pastikan anda hanya menggunakan aksesori yang disertakan bersama projektor.
• Pastikan anda menggunakan sumber kuasa dengan voltan yang sama seperti yang
dinyatakan untuk projektor.
• Jangan bebankan salur kuasa keluar dengan terlalu banyak peranti.
• Jangan letakkan kord kuasa berdekatan dapur memasak.
• Jangan gunakan kord kuasa yang disertakan bersama projektor dengan peranti lain.
• Jangan berkongsi kuasa membekal keluar ke projektor dengan peranti lain. Jika anda
menggunakan kord pemanjangan, pastikan pengkadaran ampere kord pemanjangan
tersebut serasi dengan nilai penggunaan kuasa projektor ini.
• Jangan sekali-kali menggunakan kord kuasa apabila kord tersebut masih diikat bersama.
• Gunakan salur keluar kuasa yang berhampiran yang boleh anda capai dengan mudah
apabila anda perlu mencabut palam projektor.
Kord kuasa yang rosak akan mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Pastikan anda sentiasa mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
• Jangan sekali-kali meletakkan objek yang berat pada kord kuasa dan jangan dedahkan pada
haba.
• Pastikan kord kuasa tidak tersepit di antara dinding dan rak atau meja yang diletakkan
projektor dan jangan sekali-kali menindihkan kord kuasa dengan kusyen atau objek lain.
• Jangan sekali-kali mencuba untuk mengubah suai kord kuasa, membiarkannya rosak atau
membengkokkannya secara berlebihan.
• Jangan memutar atau menarik kord kuasa.
Jangan sekali-kali menyentuh kord kuasa atau palam apabila tangan anda basah.
Melakukan yang demikian akan mewujudkan kejutan elektrik.
• Apabila menggunakan projektor ini di negara di mana anda membelinya, pastikan anda
menggunakan kord kuasa yang disertakan dengannya. Apabila menggunakan projektor ini di
negara lain, pastikan anda membeli dan menggunakan kord kuasa yang telah dikadarkan
untuk voltan negara tersebut. Juga pastikan anda mengetahui Piawai Keselamatan yang
diguna pakai dalam negara itu.
Page view 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ... 56 57

Comments to this Manuals

No comments