Casio EX-TR50 User Manual Page 86

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 137
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 85
86
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh pilih satu lagi fail syot kilat dan/atau filem dalam memori kamera dan
menghantarnya ke telefon pintar. Anda boleh pilih sehingga 100 fail, berjumlah tidak
lebih 500 MB untuk satu penghantaran. Selepas menghantar imej ke telefon pintar,
anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial.
1. Pada kamera, sentuh “ (MAIN) untuk memasuki mod MAIN.
2. Sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
3. Sentuh ikon “ ” (Penghantaran Imej).
4. Sentuh “ ” (Hantar ke telefon).
5. Sentuh imej fail yang anda ingin hantar ke telefon pintar.
Menyentuh imej fail menyebabkan kotak semaknya dipilih.
6. Selepas memilih imej semua fail yang anda ingin hantar ke telefon
pintar, sentuh “OK”.
7. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara kamera anda dengan telefon pintar, dan
menghantar fail ke telefon pintar.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 82).
8. Selepas penghantaran imej selesai, lakukan satu daripada operasi
yang diterangkan di bawah.
“Preview photo in Scene app”: Anda boleh gunakan aplikasi Scene* pada telefon
pintar untuk melihat imej yang dihantar.
“Send to SNS”: Papar skrin muat naik perkhidmatan rangkaian sosial.
“To TOP Panel”: Kembali ke skrin ATAS.
* Aplikasi Scene ialah aplikasi pengurusan imej oleh ripplex inc.
Ia membolehkan imej dipaparkan pada kelajuan tinggi dan album dikongsi
dengan kawan-kawan. Jika anda tidak mahu gunakan aplikasi Scene, ketik
“Settings” di sudut atas kanan skrin ATAS EXILIM Remote, dan kemudian pilih
“Off” untuk “Launch Scene Application”.
Menghantar Fail Syot Kilat atau Filem dari Ingatan Kamera ke
Telefon Pintar (Hantar ke telefon)
Page view 85
1 2 ... 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 ... 136 137

Comments to this Manuals

No comments