Casio EX-ZR1500 User Manual Page 187

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 212
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 186
187
Lampiran
. Skrin monitor
Jangan mengenakan tekanan yang kuat pada permukaan panel LCD
atau mengenakannya dengan hentakan yang kuat. Perbuatan itu boleh
menyebabkan keretakan pada kaca panel paparan dan menyebabkan
kecederaan pada diri sendiri.
Jika skrin monitor retak, jangan menyentuh sebarang cecair di dalam
skrin monitor. Perbuatan itu mewujudkan risiko keradangan kulit.
Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mulut anda, segera
berkumur-kumur dan hubungi pakar perubatan anda.
Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mata atau terkena kulit
anda, segera basuh dengan air bersih selama 15 minit sekurang-
kurangnya dan hubungi pakar perubatan anda.
. Membuat Salinan Data Penting
Sentiasa menyimpan salinan data penting dalam memori kamera
dengan memindahkannya ke komputer atau peranti simpanan lain.
Ingat bahawa data boleh terpadam jika kamera rosak, dibaiki dsb.
. Perlindungan Memori
Apabila mengganti bateri, pastikan prosedur yang betul diikuti seperti
yang diterangkan dalam dokumen yang disertakan bersama kamera.
Salah menggantikan bateri boleh menyebabkan kerosakan atau
kehilangan data dalam memori kamera.
. Denyar dan Fungsi Mengeluarkan Cahaya Lain
Jangan nyalakan denyar atau gunakan fungsi yang mengeluarkan
cahaya ke arah orang dan terlalu dekat dengan muka seseorang.
Perbuatan itu mewujudkan risiko kehilangan penglihatan. Bagi bayi dan
kanak-kanak khususnya, jauhkan sumber cahaya sekurang-kurangnya satu
meter dari mata.
Sila berhati-hati supaya jari, sarung tangan, atau benda lain tidak
tersentuh tingkap denyar semasa menangkap gambar. Tersentuh
tingkap denyar boleh menyebabkan lecur, asap, perubahan warna, atau
masalah lain.
Jangan nyalakan denyar jika tingkap denyar kotor, berhabuk, atau
dikotori bendasing. Berbuat demikian boleh menyebabkan asap keluar
dan warna berubah.
. Pengangkutan
Apabila berada dalam pesawat atau kemudahan perubatan, patuhi
arahan orang yang bertugas. Gelombang elektromagnet dan isyarat lain
yang dipancarkan oleh kamera boleh menjejaskan peralatan lain.
*
AWAS
-
1
+
+
+
+
-
-
-
+
Page view 186
1 2 ... 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 ... 211 212

Comments to this Manuals

No comments