Casio EX-ZR1500 User Manual Page 85

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 212
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 84
85
Menggunakan BEST SHOT
Anda boleh mendaftarkan sehingga 999 persediaan, berdasarkan syot kilat yang
ditangkap dengan kamera, seperti pemandangan “CUSTOM SHOT”.
Memilih pemandangan “CUSTOM SHOT” yang didaftarkan akan
mengkonfigurasikan kamera dengan tetapan ini. Persediaan syot kilat yang dirakam
dengan mod dan ciri berikut boleh didaftarkan sebagai pemandangan “CUSTOM
SHOT”.
Auto Program
Mod A
Mod S
Mod M
BEST SHOT (Tidak termasuk “Prarakam (Filem)”, “Latar Belakang Kabur”, “Makro
Semua Dalam Fokus”, dan “Output TV HDMI”)
. Untuk mendaftarkan pemandangan “CUSTOM SHOT”
1. Pada menu pemandangan BEST SHOT, pilih pemandangan yang
bernama “CUSTOM SHOT (Daftar Pemandangan Pengguna)” dan
kemudian tekan [SET].
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih syot kilat yang anda mahu simpan
persediaannya.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Smpn” dan kemudian tekan [SET].
Pemandangan anda akan ditetapkan dengan nama “Pemandangan Tersuai”,
bersama dengan nombor pemandangan.
Persediaan filem tidak boleh didaftarkan sebagai pemandangan “CUSTOM SHOT”.
Anda boleh menyemak tetapan pemandangan “CUSTOM SHOT” yang dipilih pada
masa ini dengan memaparkan menu tetapan kamera dan melihat tetapannya.
Pemandangan “CUSTOM SHOT” ditetapkan dengan nombor dalam urutan: U1,
U2, dan seterusnya.
Berikut ialah tetapan yang disimpan untuk setiap pemandangan “CUSTOM SHOT”.
Pengecaman Muka, Fokus, Anjakan EV, Imbangan Putih, Denyar, ISO,
Permeteran, Pencahayaan, Kekuatan Denyar, Ketajaman, Ketepuan, Kontras
Pemandangan “CUSTOM SHOT” disimpan dalam memori terbina dalam (halaman
169) dalam folder SCENE (syot kilat).
Memformatkan memori terbina dalam kamera (halaman 180) akan memadam
semua pemandangan “CUSTOM SHOT” pengguna.
Gunakan prosedur berikut apabila anda mahu memadam pemandangan
“CUSTOM SHOT”.
Paparkan skrin maklumat (halaman 84) bagi pemandangan BEST SHOT
pengguna yang ingin anda padam.
Tekan [2] ( ), pilih “Jelas”, dan kemudian tekan [SET].
Mencipta dan Menggunakan Persediaan Anda Sendiri
(CUSTOM SHOT)
Page view 84
1 2 ... 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 ... 211 212

Comments to this Manuals

No comments