Casio EX-ZR1500 User Manual Page 28

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 212
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 27
28
Asas Mula Pantas
Memeriksa Baki Kuasa Bateri
Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan
baki kuasa seperti ditunjukkan di bawah.
menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin.
Rakaman tidak boleh dilakukan apabila ditunjukkan. Cas bateri segera.
Tahap yang ditunjukkan oleh penunjuk bateri mungkin bertukar apabila anda
bertukar antara mod RKM dengan mod MAIN.
Meninggalkan kamera selama kira-kira 30 hari tanpa kuasa dibekalkan ketika
bateri sudah mati akan menyebabkan tetapan tarikh dan masanya dipadamkan.
Mesej yang memberitahu anda untuk mengkonfigurasi tetapan masa dan tarikh
akan muncul apabila anda menghidupkan kamera selepas memulihkan kuasa.
Apabila ini berlaku, konfigurasikan tetapan tarikh dan masa (halaman 178).
Lihat halaman 210 untuk maklumat mengenai hayat bateri dan bilangan
tangkapan.
Petua Menjimatkan Kuasa Bateri
Memasuki “Mod EKO” mendayakan operasi kuasa rendah (halaman 171).
Apabila anda tidak perlu menggunakan denyar, pilih ? (Denyar Mati) untuk
tetapan denyar (halaman 56).
Dayakan ciri Mati Kuasa Auto dan Tidur untuk melindungi terhadap pembaziran
kuasa bateri apabila anda terlupa mematikan kamera (halaman 175, 175).
Pilih “Mati” untuk “AF Berterusan” (halaman 118).
Kali pertama anda memuatkan bateri ke dalam kamera, skrin akan muncul untuk
mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan
tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah
dirakam bersama imej.
Skrin untuk pemilihan bahasa tidak akan muncul pada langkah 2 prosedur di
bawah jika anda membeli kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun. Untuk
menukar bahasa paparan daripada bahasa Jepun dalam kes ini, gunakan
prosedur di bawah “Menentukan Bahasa Paparan (Language)” (halaman 179).
Harap maklum bahawa versi manual ini dalam bahasa yang anda pilih mungkin
tidak disertakan bersama kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun.
Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong
pemilihan bahasa paparan.
Baki Kuasa Tinggi Rendah
Penunjuk Bateri ***
Warna Penunjuk Putih * Putih * Merah * Merah
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda
Menghidupkan Kamera
Page view 27
1 2 ... 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 ... 211 212

Comments to this Manuals

No comments