Casio EX-ZR1500 User Manual Page 98

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 212
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 97
98
Menggunakan BEST SHOT
5. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan kursor
slaid akan muncul pada skrin monitor. Perlahan-
lahan gerakkan kamera ke arah yang ditunjukkan
dengan anak panah pada skrin sehingga kursor
slaid mencecah penghujung julat pergerakannya
(misalnya hingga hujung kanan apabila
menggerakkan kamera ke kanan).
Kamera akan mula menyediakan imej panorama
secara dalaman apabila kursor slaid mencecah
penghujung julat pergerakan.
Penyediaan imej juga akan mula secara automatik
jika anda berhenti menggerakkan kamera semasa
merakam panorama.
Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Panorama Slaid.
Subjek yang mempunyai kecerahan berbeza daripada persekitarannya kerana
cahaya buatan, cahaya matahari, dsb.
Sungai, ombak, air terjun, atau benda lain yang sentiasa berubah pola
Langit, pantai, atau benda lain dengan pola berterusan
Kamera terlalu dekat dengan subjek utama
Subjek bergerak
Persekitaran gelap
Panorama Slaid mungkin berhenti separa jalan dalam keadaan berikut.
Pergerakan kamera atau subjek
Pergerakan kamera terlalu laju atau terlalu perlahan
Merakam imej Panorama Slaid selepas menekan separa butang pengatup untuk
melakukan Fokus Auto mungkin tidak memberikan hasil yang dikehendaki jika ada
perbezaan ketara antara kecerahan, warna, dan/atau fokus imej individu. Jika ini
berlaku, cuba tukar posisi fokus dengan memfokus subjek lain, dsb.
Oleh sebab imej Panorama Slaid dihasilkan dengan menggabungkan berbilang
imej, mungkin ada ketakrataan di tempat dua imej digabungkan.
Merakam dengan sumber cahaya berkelip (seperti lampu pendarflour) mungkin
menyebabkan ketakrataan keceraan dan/atau warna dalam imej Panorama Slaid
akhir.
Pendedahan dan imbangan putih apabila merakam imej Panorama Slaid
ditetapkan pada tahap apabila anda menekan separa butang pengatup pada
permulaan operasi.
Merakam dengan fungsi ini menyebabkan tetapan denyar bertukar secara
automatik kepada ? (Denyar Mati).
Kursor slaid
Page view 97
1 2 ... 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 ... 211 212

Comments to this Manuals

No comments