152
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Kamera anda mempunyai pelbagai mod wayarles yang berbeza. Pilih mod wayarles
yang bersesuaian dengan keperluan tertentu anda.
1. Dalam mod RKM atau mod MAIN, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”
atau tab “p PLAY MENU”, dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Mod
Wayarles” dan kemudian tekan [SET].
Ini akan memaparkan skrin mod tanpa wayar.
4. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk
memilih mod tanpa wayar yang anda mahu,
dan kemudian tekan [SET].
Menggunakan Mod Wayarles
Hantar ke telefon
Pilih untuk melihat imej yang anda rakam menggunakan kamera pada telefon
pintar (halaman 162).
Berpasangan
Pilih mod ini untuk mewujudkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth di
antara kamera dan telefon pintar (halaman 155).
Rakam dengan telefon
Pilih mod ini untuk mengawal dari jauh rakaman imej daripada telefon pintar
(halaman 158).
Tetapan wayarles
Pilih mod ini untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles (halaman 163).
Comments to this Manuals