170
Percetakan
Percetakan
* Anda boleh menentukan imej mana yang anda mahu cetak, bilangan salinan dan
tetapan cap tarikh sebelum mencetak (halaman 170).
• Kamera anda menyokong Exif Print.
• Kamera anda menyokong PRINT Image Matching
III.
. Format Susunan Cetak Digital (DPOF)
DPOF ialah standard yang membenarkan anda menyertakan maklumat
jenis imej, bilangan salinan dan hidup/mati cap masa pada kad memori
bersama dengan imej. Selepas mengkonfigurasi tetapan, anda boleh
menggunakan kad memori untuk mencetak pada pencetak rumah yang
menyokong DPOF atau membawa kad memori ke perkhidmatan cetak profesional.
• Sama ada boleh atau tidak anda menggunakan tetapan DPOF untuk percetakan
bergantung pada pencetak yang anda gunakan.
• Sesetengah perkhidmatan cetak profesional mungkin tidak menyokong DPOF.
Percetakan Syot Kilat
Perkhidmatan Cetak Profesional*
Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej
yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan
mencetaknya.
Percetakan pada Pencetak Rumah*
Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan
slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad
memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang
disertakan bersama pencetak anda.
Percetakan dengan Komputer
Selepas memindahkan imej ke komputer anda, gunakan
perisian yang tersedia secara komersil untuk mencetak.
Menggunakan DPOF untuk Menentukan Imej untuk Dicetak
dan Bilangan Salinan (Percetakan DPOF)
Comments to this Manuals