59
Tutorial Syot Kilat
10.
Gunakan [4] dan [6] untuk memilih bilangan syot maksimum.
11.
Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Prarakam Syot CS).
12.
Gunakan [4] dan [6] untuk memilih bilangan imej Prarakam (Pegun)
dan kemudian tekan [SET].
• Tetapan: 0 syot, 3 syot, 5 syot, 10 syot, 15 syot, 20 syot, 25 syot
• Jika anda memilih “0 syot”, imej prarakam tidak disimpan apabila anda
menekan separuh butang pengatup.
13.
Tekan separuh dan tahan butang pengatup untuk memulakan
prarakaman.
Penimbal prarakam terus dikemas kini dengan imej selagi butang pengatup
ditekan.
• Kamera tidak akan mengeluarkan bunyi pengatup semasa ia memprarakam
imej.
• Melepaskan butang pengatup yang ditekan separuh akan menyebabkan
kandungan penimbal prarakam dipadam.
14.
Tekan penuh dan tahan butang pengatup.
Ini akan merakam imej dalam penimbal prarakam diikuti oleh imej rakaman masa
sebenar. Perakaman imej akan berterusan selagi anda menekan pengatup atau
sehingga bilangan maksimum imej yang ditetapkan oleh “Kelajuan Tinggi CS fps”
dicapai.
• Lebih banyak bilangan syot, lebih lama masa yang diambil untuk menyimpannya
selepas rakaman selesai.
• Apabila menggunakan mod pengatup berterusan, pastikan kamera tidak bergerak
sehingga rakaman selesai.
• Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
• Apabila merakam dengan fungsi ini, kualiti imej syot kilat bertukar kepada “Normal”
secara automatik.
• Apabila merakam dengan fungsi ini, pendedahan dan fokus untuk imej pertama
digunakan untuk imej seterusnya juga.
• Apabila merakam dengan fungsi ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Denyar Mati).
• Saiz imej berikut tidak boleh dipilih semasa merakam dengan fungsi ini:
3:2, 16:9. Memasuki mod CS Kelajuan Tinggi semasa mana-mana satu antara saiz
imej ini dipilih akan menyebabkan tetapan saiz imej bertukar kepada “16 M” secara
automatik.
• Fungsi berikut tidak boleh digunakan apabila merakam dengan fungsi ini.
Pengatup Gerakan, Pemasa Kendiri Tigaan, Zum MultiSR
• Semasa rakaman CS, sesetengah item tetapan dikaburkan pada paparan dan
tidak boleh dipilih.
• Pemasa Kendiri tidak boleh digunakan dalam mod CS Prarakam.
Comments to this Manuals