202
Lampiran
. Peringatan Ralat Data
Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Mana-
mana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
– Mengeluarkan bateri atau kad memori semasa kamera sedang melakukan sesuatu
operasi
– Mengeluarkan bateri atau kad memori semasa lampu belakang berkelip hijau
selepas mematikan kamera
– Menanggalkan kabel USB semasa komunikasi sedang berjalan
– Menangkap gambar dengan bateri yang cepat menjadi lemah selepas ia dicaj
• Menangkap gambar dengan bateri yang cepat menjadi lemah selepas ia dicaj
boleh juga menyebabkan kerosakan kamera. Segera tukar bateri dengan yang
baharu.
– Operasi tidak normal lain
Mana-mana keadaan di atas boleh menyebabkan mesej ralat muncul pada skrin
monitor (halaman 228). Lakukan tindakan yang dinyatakan oleh mesej yang muncul.
. Persekitaran Pengendalian
• Keperluan Suhu Pengendalian: 0 hingga 40°C
• Kelembapan Pengendalian: 10 hingga 85% (tak pemeluwapan)
• Jangan letakkan kamera di mana-mana lokasi berikut.
– Di kawasan yang terdedah pada cahaya matahari, atau kelembapan, debu atau
pasir yang banyak
– Berdekatan peranti pemanas atau penyejuk, atau di kawasan lain yang terdedah
pada perubahan suhu atau kelembapan yang melampau
– Dalam kenderaan bermotor pada hari panas atau di kawasan yang mengalami
getaran yang kuat
. Pemeluwapan
Perubahan suhu mendadak dan melampau, contohnya apabila kamera dialih dari
kawasan luar pada hari musim sejuk ke dalam bilik yang panas, boleh menyebabkan
titisan air dipanggil “pemeluwapan” terbentuk di bahagian dalam dan luar kamera,
yang mewujudkan risiko kerosakan. Untuk mengelakkan pemeluwapan daripada
terbentuk, bungkus kamera di dalam beg plastik sebelum bertukar lokasi. Kemudian,
pastikan beg dikedapkan untuk membolehkan udara di dalam bertukar secara
semula jadi ke suhu yang sama seperti udara di lokasi baru. Selepas itu, keluarkan
kamera daripada beg dan buka penutup bateri untuk beberapa jam.
Peringatan Semasa Penggunaan
Comments to this Manuals