Casio EX-TR15 User Manual Page 118

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 139
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 117
118
Lampiran
. Kanta
Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat
kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak.
. Menjaga kamera anda
Jangan sekali-kali menyentuh kanta menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada kanta boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap
denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan
kain lembut yang kering.
Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Peringatan Pengendalian Bateri Boleh Cas Semula Lama
Tebat terminal positif dan negatif dengan pita dsb.
Jangan tanggalkan pembalut bateri.
Jangan ceraikan bateri.
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera
Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad
memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk
data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali
anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik
kepada pihak lain.
Apabila membuang kad memori, musnahkan kad memori itu secara fizikal atau
guna perisian memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam
terus data pada kad memori.
Apabila memindah hak milik kad memori kepada pihak lain, guna perisian
memadam data yang tersedia secara komersil untuk memadam terus datanya.
Gunakan fungsi format (halaman 109) untuk memadam terus data daripada
memori terbina dalam sebelum membuang atau memindah hak milik kamera.
Page view 117
1 2 ... 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 ... 138 139

Comments to this Manuals

No comments