Casio EX-TR15 User Manual Page 86

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 139
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 85
86
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Guna prosedur di bawah untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera
dengan telefon pintar buat kali pertama. Operasi ini diperlukan untuk sambungan
pertama sahaja.
1. Pada kamera anda, masukkan mod RKM dan
kemudian sentuh ikon ” (Tangkapan
Jauh).
Jika ikon “ (Tangkapan Jauh) tidak
dipaparkan pada skrin, sentuh tab untuk
memaparkannya.
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon
pintar dan kamera akan memaparkan skrin untuk
input SSID dan kata laluan.
2. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar,
masukkan kata laluan dan SSID kamera.
Apabila mesej “Mulakan aplikasi telefon.” muncul pada skrin monitor kamera, ini
bermakna telefon pintar membuat sambungan wayarles dengan kamera.
Untuk memutuskan sambungan wayarles, sentuh “Batal”.
Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang datang dengan telefon pintar anda.
Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara
jauh menggunakan telefon pintar. Anda juga boleh lakukan zum, pemasa kendiri, dan
operasi lain secara jauh.
1. Pada kamera anda, masukkan mod RKM dan kemudian sentuh ikon
” (Tangkapan Jauh).
Jika ikon “ (Tangkapan Jauh) tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab
untuk memaparkannya.
2. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara telefon pintar dengan kamera anda.
Kira-kira 60 saat selepas kamera anda membuat sambungan dengan telefon
pintar, skrin monitor kamera akan padam dan lampu belakangnya akan
bercahaya hijau.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 86).
Mengkonfigurasi Tetapan LAN Wayarles
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh
Kamera (Tangkapan Jauh)
kata laluan
SSID
Page view 85
1 2 ... 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 ... 138 139

Comments to this Manuals

No comments