Casio EX-TR15 User Manual Page 43

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 139
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 42
43
Merakam Imej
Dengan Pengatup Gerakan, kamera secara automatik
memulakan kiraan pemasa kendiri apabila ia
mengesan pergerakan subjek dalam ikon yang anda
nyatakan pada skrin monitor. Ini bermakna, anda
boleh mengawal operasi pemasa kendiri dari jauh
dengan melambai tangan anda, supaya anda masuk
dalam imej yang dirakam.
1. Dalam mod RKM, sentuh ikon mod rakaman
(halaman 39).
2. Sentuh “l” (Pengatup Gerakan).
3. Seret ikon pemasa kendiri mula ” dan ikon pratonton “ ” ke
lokasi dalam imej yang anda mahu pergerakan dikesan.
Pastikan dua ikon ini jauh dari satu sama lain. Apabila anda menggerakkan
ikon ke lokasi yang menindih ikon lain, ikon lain akan bergerak jauh secara
automatik.
4. Apabila semua sedia, tekan butang pengatup sepenuhnya.
Ikon pemasa kendiri mula akan berubah kepada “ ” untuk menunjukkan
kamera dalam mod tunggu sedia untuk merakam.
5. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon pemasa kendiri mula yang anda posisikan dalam
langkah 3.
Apabila kamera mengesan pergerakan subjek dalam ikon, ia secara automatik
memulakan kiraan pemasa kendiri. Kamera akan merakam imej apabila kiraan
mencecah sifar, dan kemudian kembali dalam mod tunggu sedia Pengatup
Gerakan untuk menunggu permulaan pergerakan seterusnya.
Masa mula pemasa kendiri Pengatup Gerakan ditetapkan pada dua saat.
Ikon pratonton “ ” akan muncul pada skrin monitor apabila syot kilat dirakam.
Apabila kamera mengesan pergerakan dalam ikon pratonton, ia akan memaparkan
imej yang dirakam selama tiga saat.
Pengatup Gerakan keluar dari mod tunggu sedia secara automatik selepas ia
merakam enam imej.
Untuk membatalkan mod tunggu sedia Pengatup Gerakan pada bila-bila masa,
tekan butang pengatup atau sentuh skrin monitor.
Pengatup Gerakan mungkin tidak berfungsi dengan betul jika hanya ada sedikit
perbezaan warna antara subjek dengan latar belakang di dalam sempadan, atau
jika subjek berada jauh dari kamera yang menyebabkan saiznya terlalu kecil.
Menggunakan Pengatup Gerakan untuk Memulakan Operasi
Pemasa Kendiri (Pengatup Gerakan)
B
Page view 42
1 2 ... 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 ... 138 139

Comments to this Manuals

No comments