Casio EX-TR15 User Manual Page 17

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 139
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 16
17
Asas Mula Pantas
Apabila merakam, pastikan kamera tidak bergerak. Perlahan-lahan tekan butang
pengatup dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan semasa
pengatup dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan.
Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak melindungi
mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam
ilustrasi.
Untuk mengelak daripada menjatuhkan kamera
secara tidak sengaja, pasang tali tangan dan pastikan
ia berada di keliling jari atau pergelangan tangan
anda semasa anda mengendalikan kamera.
Jangan ayun kamera menggunakan talinya.
Tali yang disediakan bertujuan untuk digunakan
dengan kamera ini sahaja. Jangan gunakannya untuk
sebarang tujuan lain.
Sentiasa pastikan jari anda tidak menghalang atau
tidak terlalu hampir dengan lampu LED. Jari boleh
menyebabkan bayang-bayang tidak diingini semasa
merakam.
Skrin monitor kamera adalah panel sentuh. Ini bermakna anda boleh melakukan
operasi berikut dengan menyentuh skrin menggunakan jari anda.
Sentuh
Menyentuh skrin dengan jari anda seketika.
Sentuh skrin untuk memilih ikon atau item menu, dan
untuk mengkonfigurasi tetapan.
Sentuh-dan-pegang
Sentuh dan tahankan jari anda terhadap skrin.
Sentuh dan pegang skrin untuk menatal imej dengan
kelajuan tinggi, atau untuk melakukan main semula
filem secara berkesinambungan.
Menggunakan Panel Sentuh
Mikrofon
Kanta
Lampu LED
Page view 16
1 2 ... 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 ... 138 139

Comments to this Manuals

No comments