Casio EX-TR15 User Manual Page 64

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 139
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 63
64
Tetapan Rakaman Lanjutan
Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Imbangan Putih
Anda boleh melaras imbangan putih supaya sepadan dengan sumber cahaya yang
ada di tempat anda membuat penggambaran dan mengelak bayang biru yang
terhasil apabila membuat penggambaran di luar semasa mendung dan bayang hijau
yang terhasil apabila membuat penggambaran di bawah cahaya pendarfluor.
1. Sentuh jenis imbangan putih yang anda ingin pilih.
Anda boleh melihat kesan tetapan imbangan putih yang anda pilih pada skrin
monitor.
Apabila “ WB Auto” dipilih untuk tetapan imbangan putih, kamera secara
automatik menentukan titik putih subjek. Warna subjek dan keadaan sumber
cahaya tertentu boleh menyebabkan masalah apabila kamera cuba untuk
menentukan titik putih, yang membuatkan pelarasan imbangan putih yang
betul menjadi mustahil. Jika ini berlaku, pilih tetapan keimbangan putih yang
sepadan dengan keadaan penggambaran anda (Siang, Mendung dsb.).
Melaraskan Imbangan Putih (Imbangan Putih)
Tetapan Penerangan
WB Auto
Mengkonfigurasi kamera untuk melaras imbangan putih
secara automatik
Siang Untuk penggambaran di luar pada hari yang cerah
Mendung
Untuk penggambaran di luar pada hari mendung hujan, di
bawah bayang dsb.
Bayangan
Untuk penggambaran pada hari yang cerah di bawah
bayang pokok atau bangunan
Siang Putih
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan pendarfluor
putih atau siang putih
Siang Fluor
Untuk penggambaran di bawah pencahayaan pendarfluor
siang
Tungsten Untuk penggambaran di bawah pencahayaan mentol lampu
WB Manual
Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual supaya
sesuai dengan sumber lampu tertentu.
Sentuh “· WB Manual”.
Di lokasi di mana anda bercadang
untuk merakam, halakan kamera pada
kertas putih kosong agar ia memenuhi
keseluruhan skrin monitor.
Sentuh satu kawasan pada skrin yang
tiada ikon.
Tetapan imbangan putih dikekalkan
walaupun anda mematikan kamera.
¤
'
«
·
Kertas putih
kosong
Page view 63
1 2 ... 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 ... 138 139

Comments to this Manuals

No comments