Casio EX-ZR55 User Manual Page 132

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 225
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 131
132
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
Anda boleh gantikan muzik latar belakang pertunjukan slaid terbina dalam dengan
muzik lain daripada komputer anda.
Jenis Fail Disokong:
Format PCM (16 bit, monoaural/stereo) file WAV
Frekuensi Pensampelan: 11.025 kHz/22.05 kHz/44.1 kHz
Bilangan Fail: 9
Nama fail: SSBGM001.WAV hingga SSBGM009.WAV
Cipta fail muzik pada komputer anda menggunakan nama-nama di atas.
Tanpa mengira corak kesan mana yang anda pilih, fail muzik yang anda disimpan
pada memori kamera dimain semula mengikut urutan nama.
1. Sambungkan kamera ke komputer anda (halaman 165, 169).
Jika anda merancang untuk menyimpan fail muzik pada kad memori kamera,
pastikan kad dimasukkan ke dalam kamera.
2. Lakukan salah satu operasi berikut bagi membuka kad memori atau
memori terbina dalam.
Ini akan menyebabkan kamera dikenal pasti oleh komputer anda sebagai Cakera
Boleh Dialih Keluar (Pemacu).
Windows
Windows 10: Klik “Desktop” dan kemudian “Explorer”. Seterusnya, dalam
bar sisi, klik “PC”.
Windows 8.1, Windows 8: Klik “Desktop” dan kemudian “Explorer”.
Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian “Computer”.
Dwiklik “Removable Disk”.
•Macintosh
Dwiklik ikon pemacu kamera.
3. Cipta folder dengan nama “SSBGM”.
4. Dwiklik folder “SSBGM” yang anda cipta dan salin fail muzik latar
belakang kepadanya.
Lihat dokumentasi pengguna yang dibekalkan bersama komputer anda untuk
maklumat tentang mengalihkan, menyalin dan memadam fail.
Jika muzik latar belakang ada dalam memori terbina dalam dan kad memori
yang dimasukkan ke dalam kamera, fail pada kad memori akan diutamakan.
Lihat halaman 172 untuk maklumat tentang folder kamera.
5. Putuskan sambungan kamera daripada komputer (halaman 166, 169).
Memindah Muzik daripada Komputer Anda ke Memori Kamera
Page view 131
1 2 ... 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 ... 224 225

Comments to this Manuals

No comments