
79
Merakam Filem
Anda boleh menangkap syot kilat semasa rakaman filem berlangsung. Semasa
kamera berada dalam mod Syot Tunggal, anda boleh menangkap syot kilat satu per
satu. Dalam mod CS, menekan dan menahan butang pengatup akan merakam
sehingga tujuh imej berturutan pada kelajuan lebih kurang 10 imej per saat (fps).
Anda boleh menangkap maksimum 28 imej semasa satu operasi rakaman filem.
• Perhatian, denyar tidak boleh digunakan apabila merakam Syot kilat dalam Filem.
• Perhatian, menangkap syot kilat semasa merakam filem disokong semasa
rakaman filem FHD dan STD sahaja. Ia tidak disokong semasa rakaman filem jenis
lain.
• Syot kilat yang ditangkap dengan Syot Kilat dalam Filem tidak boleh difokuskan
satu per satu. Fokusnya sama dengan fokus filem yang sedang dirakam.
• Medan pandangan tangkapan syot kilat semasa rakaman filem FHD berlangsung
lebih lebar berbanding medan pandangan filem FHD.
• Kualiti imej syot kilat secara automatik bertukar kepada “Normal”.
• Mod rakaman “Auto Program” digunakan apabila anda menangkap syot kilat
semasa rakaman filem.
• Anda tidak boleh merakam dengan Syot Kilat dalam Filem semasa rakaman filem
Pengatup Gerakan atau Selang Masa berlangsung.
Merakam Syot Kilat semasa Merakam Filem
(Syot Kilat Dalam Filem)
1. Semasa filem sedang dirakam, tekan butang
pengatup.
• Pilih filem FHD atau Filem STD sebagai tetapan
kualiti filem (halaman 109).
• Semasa rakaman filem berlangsung, anda boleh
bertukar-tukar antara Mod Syot Tunggal dengan
Mod CS dengan menekan [4], [6], atau [SET].
Perhatian, menukar mod dengan kaedah ini hanya
boleh dilakukan semasa rakaman filem. Mod CS
ditunjukkan apabila berwarna putih (di skrin
monitor), dan Mod Syot Tunggal dipilih apabila t
berwarna putih.
• Dalam mod CS, imej terus ditangkap selagi anda
menekan butang pengatup.
Bilangan syot kilat boleh
dirakam
Mod rakaman
syot kilat
Comments to this Manuals