Casio EX-ZR55 User Manual Page 71

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 225
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 70
71
Merakam Filem
Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
Kamera mungkin secara automatik melaras kecerahan skrin monitornya untuk
mengurangkan penghasilan haba.
Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat bersuhu tinggi boleh
menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam imej filem.
Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan rakaman filem
dihentikan secara automatik. Jika ini berlaku, berhenti merakam dan biarkan
kamera menyejuk, dan operasi normal boleh diteruskan selepas itu.
Penggunaan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Khususnya, filem berkualiti tinggi mungkin
tidak boleh disimpan dengan betul. Memori kad yang perlahan mungkin mengambil
masa yang lama untuk merakam data dan menyebabkan pecahan pada imej dan/
atau audio ketika dimain semula. Apabila ini berlaku, penunjuk kuning “Y akan
muncul di skrin monitor.
Operasi zum disokong semasa rakaman filem (halaman 52). Zum dinyahdayakan
semasa rakaman filem berkelajuan tinggi. Untuk menggunakan zum untuk
rakaman filem berkelajuan tinggi, lakukan operasi zum sebelum anda menekan
[0] (Filem) untuk mula merakam.
Zum SR Tunggal (halaman 55) dan Zum Berbilang SR (halaman 56)
dinyahdayakan semasa rakaman filem.
Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar. Oleh sebab itu, penggunaan
tripod amat disarankan dalam keadaan ini.
Kecuali Filem Berkelajuan Tinggi, AF Berterusan (halaman 105) dijalankan
semasa rakaman filem dengan “AF” (Fokus Auto) atau “Makro” dipilih untuk
tetapan “Fokus”.
Pengecaman muka dinyahdayakan semasa perakaman filem FHD dan STD
normal, dan filem berkelajuan tinggi. Pengecaman Muka didayakan apabila
merakam filem dengan PRO Auto Premium (FHD dan STD).
Fungsi berikut tidak menyokong rakaman filem.
Syot Tigaan, Zum MultiSR, beberapa pemandangan BEST SHOT
Page view 70
1 2 ... 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 ... 224 225

Comments to this Manuals

No comments