
83
Menggunakan BEST SHOT
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Ini akan merakam dan menyimpan imej yang sama dalam tiga versi dengan
pelbagai tetapan “Tona Kulit”, berdasarkan tetapan yang anda pilih dalam
langkah 4, di atas.
• Selepas merakam imej dengan Mekap BKT, anda tidak boleh merakam imej lain
sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai.
• Hanya dua versi imej akan dirakam dan disimpan jika anda merakam dengan BKT
Mekap semasa “Perang +6” atau “Cerah +6” dipilih untuk “Tona Kulit”.
• Rakaman filem dinyahdayakan semasa BKT Mekap dipilih.
Syot Tigaan menangkap letusan tiga imej dan menyimpannya dalam memori. Ciri ini
sangat sesuai untuk memastikan anda tidak terlepas saat-saat indah semasa
dikelilingi kanak-kanak.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Syot Tigaan” (halaman 80).
2. Halakan kamera pada subjek dan tekan separuh butang pengatup.
Kamera akan mula memprarakam imej pada waktu ini.
• Jika anda lepaskan butang pengatup yang ditekan separuh tadi sebelum
menekan sepenuhnya, semua imej dalam penimbal prarakam akan dipadam.
3. Tekan butang pengatup sepenuhnya untuk merakam.
Ini akan merakam tiga imej: salah satu aksi sebelum butang pengatup ditekan
sepenuhnya berserta dua imej masa sebenar.
• Menekan butang pengatup sepenuhnya tanpa menekan separuh terlebih
dahulu akan menyebabkan dua imej sahaja dirakam.
• Tetapan dalam jadual di bawah adalah tetap apabila merakam dengan fungsi ini.
•“O Penjejakan” tidak boleh dipilih untuk tetapan kawasan AF semasa merakam
dengan fungsi ini. Jika “O Penjejakan” dipilih dalam mod lain, imej akan dirakam
menggunakan “U Titik”.
Merakam dengan Syot Tigaan
Pemasa kendiri Mati
Denyar Denyar Mati
Kualiti Imej Normal
Zum SR Tunggal Mati
Pengecaman
Muka
Hidup
Mod Fokus AF
Comments to this Manuals